Dan Hanya Ketika Itu


Dan hanya ketika itu
dari Permai Inn, Kuala Terengganu
4.16pm, 26hb April 2009
tiba-tiba aku tersedar mati itu kejap saja
dan hanya ketika itu
masih boleh tutup mata
semata prolog dari kencana
terkurung menunggu buka
dan hanya ketika itu
tercelar memoir air mata
memencilkan dusta
aku masih ingat dendam lama
akan dibalas sudah
pasti dibalas baru sudah
dan hanya ketika itu.

Tunggu
aku akan melaknat kau
sebelum Tuhan melaknat kau.


4 Responses

  1. Teo Wei Sing Says:

    Untuk siapa-siapa yang telah menjadi rahsia, rahsia menjadi lawan, bawa bertenang duhai kawan. Sebenarnya ini cuma rekaan semata-mata


  2. P'su Says:

    Wow idea spontan yg hebat! macam marah je.. ape maksud tersiratnya saya tak faham?


  3. Rina Khan Says:

    Saya suka dengan bait kemarahan yang menyerlah di dalam "Dan Hanya Ketika Itu". very interesting. :)