Petikan daripada Blog Dr. Aminudin Abdul Karim : Menyelami Sajak Teo Wei Sing - "Henti...Mersiknya Suara Hati" Part I


Petikan daripada Blog Dr. Aminudin Abdul Karim :

Menyelami Sajak Teo Wei Sing - "Henti...Mersiknya Suara Hati" Part I


Meneliti bolg saudara Teo yang memaparkan sajak-sajak beliau adalah menggembirakan saya, ini kerana setelah meneliti biodata beliau terdapat tiga persamaan latar belakang antara kami walaupun jarak usia antara kami agak jauh. Penulisan karya sastera tidak mengenal usia,ia adalah cetusan ilham seseorang individu tanpa mengenal batas masa dan usia.Latar belakang saudara Teo yang berasal dari Pahang tentunya walaupun tidak dinyatakan di mana beliau lahir, ada sama dengan saya yang dilahirkan di sungai batu,kampong Relong,Kuala Lipis.Saudara Teo mendapat pendidikan diSMART yang tidak dinyatakan tahun bila.Saya pula pernah menuntut di SMART di Tingkatan Enam tahun 1973-1974, di mana saya adalah Ketua Pengarang Majalah SMART pada tahun tersebut, juga Pengerusi Kelab Intract Antarabangsa SMART,Pengawas Sekolah SMART, pemain badminton dan bolasepak pasukan sekolah dan pelakun Drama Peringkat Kebangsaan (mewakili SMART)tahun berbenaan.Akhirnya Teo adalah lepasan UPM peringkat Ijazah Pertama, manakala saya pernah belajar diUPM peringkat Sarjana dalam bidang Pengembangan dan Komunikasi. Sekarang saya mengkhususkan dalam bidang komputer iaitu Knowledge Management dan komunikasi dalam bidang Content Analysis and Communication Audit.

Saya telah berberapa kali mencari dalam rak-rak buku kedai Hamed Bros untuk mencari Antologi saudara Teo dan menanyakan pada jurujual tetapi mereka tidak dapat membantu saya untuk membelinya.Namun saya gembira dapat melayari sajak saudara Teo berjudul Henti... Mersiknya Suara hati.Dari judul yang sedemikian pertama kita jarang menemukan tajuk yang terpapar ada titik kosong yang kemudian diikuti oleh perkataan lain bagi melengkapkan tajuknya itu.Mersik atau shrill (nyaring) Suara hati sesungguhnya gabungan perkataan yang indah iaitu Suara + hati .Maka tajuknya lebih indah kalau penulisnya dapat mengambarkan kezaliman Zionis.Selain dari itu adakah judul yang Teo ketengahkan ini dapat merumuskan apa yang beliau hendak sampaikan kepada audience beliau iaitu masyarakat umum tentang kekejaman zionis yang sebagaimana kita ketahui Zionis berasal dari perkataan zion yang merujuk kepada gunung zion yang berdekatan dengan Jerusalem, masa era King David istilah zion adalah merujuk kepada bandar Jerusalem dan Land of Israel.Pada tahun 1947 United Nations Special Commitee on Palestine memperakukan bahawa " western Palestine should partitioned in to a Jewish State and Arab State and UN-controlled Territory around Jerusalem".Partition pelan telah diluluskan oleh UN pada 29,november 1947 oleh Resolusi 181, untuk ini ungkapan dicengkam mereka bergelar zionis oleh saudara Teo dapat merumuskan dengan baik.

Sambungan padangan saya akan datang tentang sajak ini ialah mengenai struktur sajak tersebut,Tone,Pilihan perkataan, personification,metaphor dan simile (kalau ada),rhythm and metre, kesimpulan atau ulasan menyeluruh untuk sajak tersebut.

Jumpa lagi, Dr Aminudin
1 Response
  1. Anonymous Says:

    Tahniah Teo...

    Semoga bakat mu terus terserlah di pesada sajak tanah air...