Menyelami Sajak-Teo Wei Sing - Hentikan...Mersiknya Suara Hati Part II

Sebelum kita melihat struktur sajak yang dicipta oleh sdr Teo, saya mendapati intipati kekecewaan beliau adalah kekejaman dan kezaliman zionis, ini dapati dihayati dalam rangkap-rangkap pertama hingga keempat,sementara rangkap-rangkap seterusnya adalah pengharapan beliau agar keamanan dapat dikecapi dengan kehendak Illahi.Berdasarkan pendekatan Teori Relevan dalam bidang komunikasi segala perkataan yang ingin kita sampaikan kepada audience hendaklah jelas dan nyata, iaitu bila puisi kita diterima dengan berkesan oleh audience kita ialah perkataan atau puisi yang bermanifestasi.Jadi prinsip asas teori ini ialah kognitif manusia berorentasikan relevan dan audience akan menumpukan maklumat yang relevan untuk dirinya.Kesan dari teori ini ialah adakah mencipta puisi dapat memenuhi pengharapan audiencenya.Kerelevanan sesuatu perkataan atau puisi yang disampaikan itu bergantung kepada kesan kognitif dan maklumat yang disampaikan oleh kita.Misalnya bagimana maklumat itu dipersembahkan dalam konteks ini, adakah ia jelas,difahami,dihayati dan sebagainya.Kini kita lihat pada rangkap puisi yang dicipta olehTeo yang terdapat kelainan dari puisi yang biasa kita jumpa iaitu misalnya 2 baris serangkap atau 4 baris serangkap. Baris bagi rangkap puisi Teo bari rangkap 1-4 ialah 4 baris,rangkap 5, 6baris,rangkap 6, 8baris,dan rangkap 7,12 baris.Ini mengingatkan saya pada puisi Russia yang popular dengan 4 baris bagi serangkap dan puisi peranchis yang mempunyai 5 baris ke atas seperti 8,10,12,dan 14 bagi serangkap.

Style , Teo menulis puisi dimana ia mengemari rima yang memungkinkan beliau mendeklamasikan sajaknya.Ini boleh kita hayati dalam rangkap-rangkap terakhir yang keseluruhan diakhiri oleh huruf i. Teo begitu gemar mengulangi perkataan-perkataan yang kita istilahkan sebagai Alliteration seperti "tidak lagi kita" dan "hentikan". Ini diharap agar mendapat simpati dari audience beliau bila mendeklamasikan sajak tersebut.Namun sejauh mana perkataan yang beliau pilih untuk mendapat simpati audience hanya audience saja yang mendengar dapat membuat keputusan, saya sendiri kadang-kadang merasakan pengulangan akan mempunyai kesan yang mendalam kepada audience kerana akan membina mood dan emotional rapport.

Sekian dulu,,jumpa Part III

Dr Aminudin

0 Responses