Bila Timbalan Perdana Menteri kata: “Sangat bagus!”

Dato' Seri Mohd Najib ketika berucap di atas pentas


Sambungan daripada cerita “Pahang BAR Annual Dinner”, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu ayahanda Allahyarham Sasterawan Negara S. Othman Kelantan bahawa impian sudah menjadi kenyataan atas pintu rezeki yang dibuka oleh Tuhan, saya mempercayai kata-kata Prof dan ayah angkat saya yang menyatakan tanpa usaha, manusia tidak akan berjaya. Namun, kadang-kala kita terpaksa bergantung pada nasib juga yang diibaratkan seperti cabutan bertuah, memegang nombor menunggu supaya menjadi yang paling bertuah.


“Hang memang bertuah, tapi bukan Hang Tuah, tak sehensem Hang Tuah Stephen Rahman Hughes,” kata diri saya kepada diri saya. Pertemuan dengan Kak Jehan yang dianggap sebagai aturan Tuhan telah melanjutkan silaturahim yang kian mesra. Kak Jehan bagaikan seorang kakak yang tidak penat lelah mendorong dan mendidik seorang pendidik (saya) dalam meniti kaca dalam kehidupan saya sekali gus menyajikan peluang demi peluang kepada saya. Kak Jehan, terima kasih, ikhlas saya daripada hati.


Pahang BAR Annual Dinner telah menjanjikan suatu wadah persembahan deklamasi sajak saya yang berjudul “Tanggalkan Topeng Kau Itu” dan “Henti…Mersiknya Suara Hati”. Berdirinya saya di atas pentas sebenarnya bukan suatu kesukaran kerana tugas saya memerlukan penampilan dan pengucapan yang kerap. Namun, kali ini berbeza. Kali ini agak berbeza kerana tetamu kehormatnya, Timbalan Perdana Menteri (TPM) negara kita, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Kaki saya mula gementar apabila pengacara membacakan biodata saya. Saya tahu kali ini saya harus mula melangkah dengan bergaya dan bukan berfoya-foya.


Hati saya berdebar walaupun berdiri di atas pentas memang dikira rutin yang terlalu biasa. Setelah memberikan hormat kepada TPM dan Menteri Besar (MB) negeri Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, saya mula mendeklamasikan sajak saya. Sepanjang deklamasi, saya memberikan tumpuan sepenuhnya. Akhirnya, tepukan dan sokongan daripada TPM dan MB telah meleburkan gementar saya seterusnya meleraikan gugup saya. Saya lega, kemudian juga berkesempatan berjabat tangan dan berkata-kata bersama TPM dan MB yang mesra rakyat. Kata-kata daripada TPM dan MB secara dekat dengan saya akan terus menjadi api perjuangan dalam hati saya bagi meneruskan kebenaran serta berjuang dalam bidang sastera.


Bersama Mizi yang hensem dan Kak Jehan yang anggun, jangan jeles




6 Responses
  1. mal887 Says:

    Tahniah Teo...

    Anda sudah pun memulakan langkah ke SERIBU dengan langkah PERTAMA tadi...

    TRY THE BEST TO BE THE BEST....


  2. Teo Wei Sing Says:

    mal887,

    Terima kasih atas ucapan tahniah itu, saya akan gandakan usaha saya pada masa depan. Orang kalau nak sepak terajang pun, kita tahan jelah.

    Teo


  3. sherry Says:

    Teo .

    Tahniah. Perjuangan anda baru bermula. Teruskan berusaha. Melangkah kehadapan dengan gagah.
    Di penghujung jalan sana, tentu kejayaan menanti mu.


  4. Teo Wei Sing Says:

    Kak Sherry,

    Terima kasih atas sokongan dan ucapan tahniah. Saya percaya ini merupakan permulaan yang masih memerlukan seribu kerajinan dan mengharungi seribu penghalang. Sekurang-kurangnya, saya masih sedar usaha + nasib akan membawa rezeki.

    Thanks

    Teo


  5. Wow....that's amazing~^^
    feeling a little envy....
    XD


  6. Anonymous Says:

    -.-"