Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang Musim Ke-3 : Antara Puji-puji dengan Hasad Dengki




Puteri Gunung Ledang nama yang sudah sinonim dengan teater muzikal agung bukan saja di Malaysia malah menerjah Nusantara. Kesungguhan Tiara Jacqualina dalam mementaskan cerita legenda ini bukan saja sepatutnya mendapatkan pujian, malah seharusnya diberikan penghormatan yang setingginya. 21hb Februari 2009, saya diberi kesempatan untuk menyaksikan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang Musim Ke-3 ini. 3 tahun lepas, ketika saya masih pelajar UPM dan hadir dengan memegang tiket pelajar, saya pernah menyaksikannya buat kali pertama dan perasaan romantik cukup menusuki hati dan ketertinggian seni cukup mengindahi kalbu. Tak pun hasad dengki.

Saya jatuh hati. 3 tahun selepas kali pertama, saya betul-betul jatuh hati. Saya hadir menyaksikan pementasan ini dengan memegang tiket VVIP. Tanpa disedari, sekali lagi menyaksikan pementasan kali ini turut menghubungkan kerja amal dan kebajikan, iaitu sebahagian kutipan tiket tersebut akan didermakan kepada Tabung Gaza. Tak pun hasad dengki.

PGL Musim 3 telah menampakkan revolusi positif yang seterusnya membawa beberapa perubahan yang memurnikan lagi keberkesanan penyampaian teater tersebut. Saya cukup gembira kerana telah disediakan suatu tempat duduk yang strategik yang mana boleh menonton teater agung ini dengan jelas sekali gus memberikan impak romantik yang maksimum. Saya percaya pujian sebegini bukan saja daripada saya malah lebih bersifat holistik dan tidak pernah memikirkan soal hasad dengki.

Namun, perjalanan yang letih dari Kuantan ke KL menampakkan sedikit cacat cela disebabkan keletihan saya. Namun, selepas memperlihatkan betapa ramainya penonton bukan bumiputera yang turut membanjiri Istana Budaya telah melegakan dan mengubati hati saya. Saya langsung tidak menyangka bahawa teater agung dalam bentuk bahasa Melayu ini turut dihadiri penonton dan peminat berbangsa Cina, India dan mat salleh. Itulah satu-satu penghargaan yang saya harapkan kerana usaha orang-orang seni harus diamati dengan cara apresiasi dan bukan dengan hasad dengki.

Sebagai seorang yang mencintai teater sambil membantu dalam menjalankan tugas baru saya, pengalaman kali ini diharapkan dapat membantu meningkatkan prestasi pementasan dan pertandingan teater yang bakal diaturkan nanti. Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri. Kalau saya tidak berusaha, siapa lagi yang akan membantu saya dan anak murid saya? Tuhan tahu punya, antara hati dengan hati, bukan main emosi, bukan hasad dengki.

Dalam teater ini, saya begitu suka akan nama penuh Puteri Gunung Ledang, iaitu Gusti Puteri Raden Ajeng Retno Dumilah. Begitu juga dengan susunan lirik, pantun, dialognya. Saya cukup kagum. Syabas saya ucapkan atas kejayaan ini. Saya doakan supaya kejayaan ini akan mengharumkan nama negara kita dengan tulisnya hati, ikhlasnya hati, tapi bukan hasad dengki.




4 Responses
  1. Unknown Says:

    My classmate, Ida Mariana Azmi, is one of the cast there.

    Heard she will be taking over the lead role from Tiara soon!


  2. Teo Wei Sing Says:

    Akak,

    Itu suatu kemestian, mesti saya pergi try nanti, pasal makan no hal lah, saya agak cerewet, tapi tengok keadaan jugak.

    Betul ke classmate akak tu? Bestlah nanti boleh dapat free ticket... Hahaha... For me, the feeling still with Tiara, I mean she can show the sweet moment, sing well, sexy dance and some additional effects. Saya cukup kagum...I feel sad Tiara nak retired.

    Teo


  3. mal887 Says:

    haiya....

    apa mau risau itu Tiara retired.... saya ganti ma... saya juga berlakon teater apa????


  4. Teo Wei Sing Says:

    Mal 887,

    Bukan camtu, itu perasaan romantik, komitmen, kemesraan dan keserasian Tiara manyak bagus ma, gua takut nanti lu ganti semua lali, tak mahu tengok teater balik tengok tv... Hahaha...

    Teo