Janda Baik Tadahkan Silaturahim

Perjalanan ke Janda Baik semalam walaupun dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana terpaksa menyelesaikan tugas saya dulu, namun membawa sejuta makna kepada saya mengenal sekali lagi erti silaturahim yang kian luntur dalam kalangan masyarakat kita. Taman Hana Wadi Hussien sekali lagi menjadi tempat pertemuan saya dengan ayah angkat saya, abah (Syed Hussien Alattas). Sepanjang perjalanan dan pertemuan, saya juga ditemani pakcik saya, seorang jurujual.

Atas kata-kata dalam perbualan saya dengan abah, pakcik, sekali lagi meningkatkan lagi tekad perjuangan saya dalam kehidupan, aim dan target saya dalam kehidupan sekali lagi ditingkatkan. Namun, saya tetap mengikuti jalan benar, bukan jalan tikus. Abah menyatakan dengki manusia itu sesungguhnya suatu kebiasaan dan saya sebagai seorang pemuda harus menemui ujian sebelum berjaya. Saya percaya 200% bahawa itu kebenaran kerana timing belum lagi, kalau sudah tiba nanti, nak halang pun susah.

Abah telah menghadiahkan buku barunya, iaitu Dunia Belum Kiamat 1 dan 2 kepada saya dan pakcik. Saya sempat membeleknya malam setibanya di Kuantan dan mendapati abah tetap abah yang disegani, karyanya masih menekankan keprihatinannya terhadap isu politik semasa, kemudian sudah tentu ajaran dan teguran tidak lupa diselitkan. Abah juga memberitahu buku barunya yang setebal 420 muka surat bakal diterbitkan mengejar arus dan searus dengan politik semasa negara, Setelah mendengar judul buku tersebut, saya percaya buku ini bakal meletup dan meletup di negara kita. Kita tunggu dan lihat saja.

Sesekali, saya melahirkan kerisauan, sesekali, saya menatap landskap tercantik di Malaysia ini; sesekali, saya melahirkan perasaan kekaguman terhadap kekentalan dan kekebalan abah, sesekali saya mencuri dengar desiran air terjun dan kicauan burung di sekitar. Saya percaya batin yang kuat dan kental akan terus menjadi agenda utama seseorang termasuklah saya yang bakal meneruskan ranjau sepanjang jalan.

Kawan-kawan,

Doakan kejayaan saya, semoga segala usaha diberkati.
7 Responses
  1. sherry Says:

    sahabatku Teow.

    Saya suka Janda Baik. Aman damai suasana.

    Btw, i think and quite very sure u akan berjaya dalam your future undertaking. Don't have to worry .
    All the best.


  2. Teo Wei Sing Says:

    Sherry o Sherry,

    First at all, terima kasih atas sokongan dan segala pujian yang diharapkan akan membawa berkat. Melalui blog juga menjadi tadahan silaturahim kami berdua dan mungkin ramai lagi.

    Kemudian, berkenaan dengan Janda Baik terutamanya Taman Hana, di situlah tempat bermulanya pengumpulan semangat perjuangan saya. Atas kekentalan dan proses pematangan minda bersama dengan ayah angkat saya, kini saya keluar dari kepompong, benar-benar keluar.

    Saya benci kepada dengki, saya rasa geli. Namun, Tuhan sentiasa memberi ujian. Macam mana pun saya berjalan benar. Dengan hati yang ikhlas, berkat doa berkat restu, seperti apa yang Kak Ahan berkata pada saya, satu pintu rezeki saya cuba ditutup kerana dengki, tapi Tuhan buka lagi sepuluh kasi saya. Si Dia makin geram, namun yang penting saya benar, hati saya ikhlas. Sherry tak nampak, tapi mungkin dapat rasa, cuma Tuhan tahu saja.

    Selepas itu, pemikiran saya bertukar menjadi tajam, pertuturan saya diperkukuh, budi bahasa saya diindahkan, cuma perut buncit saja tidak dapat dikurangkan... Hahaha...

    Thanks again

    Teo


  3. mal887 Says:

    Teo...
    Orang kata...
    Jauh perjalanan luas pandangan
    Orang kata...
    Jauh perjalanan luas impian
    Orang kata...
    Jauh perjalanan luas harapan
    Orang kata...
    Jauh perjalanan luas cakupan
    Orang kata...
    Jauh perjalanan luas pengalaman
    Orang kata...
    TQ daun keladi, tak de "U" tak jadi...!!!

    he..he..he..


  4. Teo Wei Sing Says:

    Saya kata
    TQ sama lu gua punya inspirasi
    Saya kata
    wang kasi kopi kasi tak ada saksi
    Saya kata
    banyak membebel karat punya besi
    Saya kata
    dia tak cakap mulut akan basi
    Saya kata
    PANTADbiran macam itu kuku besi
    Saya kata
    daun keladi sana dan sini
    Saya kata
    belakang cucuk sama lu terus mati
    Saya kata
    tulis blog tak perlu pergi cc
    Saya kata
    dua tiga kucing berlari
    Saya kata
    anjing kurap mengancam rezeki
    Saya kata
    cepat-cepat cabut lari
    Saya kata
    kalau tidak dibaham babi...


  5. Anonymous Says:

    Tiba-tiba rasa nak ke Janda Baik..

    kami teruja sangat-sangat bila baca blog cikgu ni..
    sampai orang lalu lalang pun kami tak perasan..
    punya la khusyuk nak memahamkan..

    ketertinggian bahasa cikgu memang tak dapat nak dinafikan..
    kami yang bergelar anak melayu ni pun tak tercapai lagi ke tahap tu..

    tahniah atas segala pencapaian cemerlang cikgu dan terima kasih kerana memberi sumbangan memartabatkan warisan Melayu..


  6. Teo Wei Sing Says:

    Kepada Anonymous,

    Terima kasih atas kata-kata perangsang saudara/i, saya akan terus berusaha meningkatkan diri dari semasa ke semasa. Pancaroba yang dipenuhi durjana sedang dilalui saya dan bila-bila masa saja akan diuji. Dan berbekalkan ilmu yang sentiasa dicari, berbantalkan kekentalan minda, berselimutkan sokongan ahli keluarga, ayah angkat saya, Allahyarham Sasterawan Negara S. Othman Kelantan, rakan2 seperti saudara/i, saya bisa menembusi rintangan. Doakan. Doakan supaya saya tidak lagi memedih mata.

    Teo


  7. eL Says:

    Pedulikan orang yang dengki. Orang sebegini wujud di mana-mana. Saya yakin anda akan berjaya dengan semangat yang kuat.