Binatang Itu Haiwan Apa?



Duhai Tuhan

mereka cuba melukisi dusta lagi

lagi

lagi

tolong laknati mereka

kupohon

kerana tangisan dari kubur kian kedengaran

anjing mula berak di atasnya

kejamnya zionis tak sekejam babi kurap

kurapnya babi tak sekurap pendusta

dustanya pelukis tak sedusta gila

gilanya dia tak segila kroninya

jangan dengan mata kepala

dengan mata hati

kita sama-sama melihat

binatang itu haiwan apa?



2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Tangisan dari kubur mungkin tak kedengaran kerana ledakan bom yang menggegarkan. Kubur berterabur tulang berserakan hingga tertukar tuan.

    Kekejaman zionis dapat di tafsirkan tapi rangkap seterusnya susah nk di ungkapkan maksud tersirat. Pening juga nak memikirkan.


  2. Teo Wei Sing Says:

    Hahaha...

    tak perlu memikirkannya kerana pengalaman sebegini ada di sekeliling kita saja, tak perlu sampai Israel