Dunia Ini Bukan Saja Wang Ada Nilai

Teo Wei Sing bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam

MALAM ini tidak biasa, malam Tahun Baru Cina ke-7 yang bukan biasa kerana telah dimelayukan dengan pelbagai acara persembahan menarik termasuklah teromba, nyanyian puisi, deklamasi sajak, teater kanak-kanak dan lain-lain. Indah nian cantik, puji dek suci, erti yang kian membawa makna. Pertama kali kaki saya menjejak di rumah PENA yang mesra dengan sambutan krew TV 9, Sutung Umar dan S. M. Zakir. Hati aku lega. Semakin ditekan, semakin saya di atas persada.


Dalam saat saya mencari indah juga, kau tak lupa mengaburi sehinggalah hari-hari di kemudian. Dan hari ini, saya tidak gentar lagi, tidak gentar akan semua ini, tidak gentar kau sepak terajang sama sekali kerana saya kental sekali. Bunyi gemuruh dan sorakan para penonton selepas deklamasi sajak nukilan saya yang berjudul “Tanggalkan Topeng Kau Itu” jelas mewarnai kembali pelangi dalam hatiku walaupun sebelum ini warnanya dah cukup ceria dan tiada kelihatan luntur.

Saat ini, saya masih tidak percaya Malam Puisi “Di Bawah Langit Gaza” yang dihadiri YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, Speaker Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Pegarah Yayasan SALAM, Pengerusi Persatuan Penulis Nasional (PENA), wakil Duta Venezuela dan lain-lain telah menjadi persada untuk saya mempersembahkan sajak yang bersuarakan anak Pahang dan Malaysia. Saya cukup bersyukur dan berterima kasih kerana pihak penganjur sudi mempelawa saya untuk menjadi deklamator jemputan. Saya turut berbesar hati dan bangga melihat kehadiran para penonton yang cukup mesra dan prihatin.


Nilai wang bukan lagi menjadi ukuran pada masa ini, atas dasar kemanusiaan, atas dasar budi bicara, atas dasar keagamaan, hari ini, kita sebagai insan berdiri sama-sama menikmati segalanya kerana perpaduan. Tanpa persengketaan, tanpa peperangan, tanpa perebutan, tanpa hasad dengki, dunia kita akan lebih aman damai. Sajak nukilan saya adalah berilhamkan kemanusiaan dan rasa simpati apabila perasaan menyayat hati melihat insan tak berdosa dibedil, diledak dan dibunuh. Kekejaman sebegini bukan sahaja tidak sepatutnya berlaku malah perlu dikecam oleh semua pihak dan Malam Puisi “Di Bawah Langit Gaza” telah mengumpulkan suara-suara hati yang berani untuk mengungkapkan dan meluahkan perasaan tersebut.


Mengejar dunia atau akhirat juga memerlukan ilmu dan bukan wang, saya sentiasa tidak lupa mengingatkan diri dan sendiri. Jika kita melihat daripada aspek realiti dan keduniaan, sudah tentu banyak perkara yang memerlukan budi bicara dan budi bicara merupakan tindakan susulan daripada dasar kemanusiaan. Lahir, tua, sakit dan mati merupakan suatu proses kemestian setiap insan di dunia ini. Tiada yang terkecuali. Sakit memerlukan baik pulih yang makan masa dan perjumpaan doktor serta pengambilan ubat. Tiada penyakit di dunia ini yang tiada ubatnya. Tetapi jika sakit yang tidak dibenarkan berjumpa doktor, itu lebih parah dan kecelakaan akan terus menimpa atas kemurkaan Tuhan. Mana budi bicara? Mana kemanusiaan? Tanya Israel, tanya Yahudi, tanya Zionis, tanya dialah. Saya mana tahu.


Pada malam 1hb Februari ini juga menampakkan Majlis Pelancaran Buku “Gentingnya Gaza, Gentingnya Genting”. 30% daripada setiap pembelian buku ini akan didermakan kepada Tabung Palestin. Saya juga diberikan peluang untuk menyumbangkan sebuah sajak dalam buku tersebut. Walaupun nama saya telah dieja salah dalam buku tersebut, tetapi perasaan gembira tetap bergelora sebagai penyumbang bagi melengkapkan antologi sajak yang bersifat kemanusiaan. Sekurang-kurangnya saya menyumbangkan tenaga ke arah kebenaran dan membantu dengan semampunya insan yang tidak berdosa. Sebagai insan yang berperikemanusiaan, di bawah langit Malaysia juga kita memerhatikan langit Gaza yang dipenuhi dengan kesengsaraan. Kita akan terus mendoakan agar kesejahteraan dan kedamaian dikembalikan. Terima kasih yang tidak terhingga.




5 Responses
  1. mal887 Says:

    Tahniah Teo...

    Semoga perjuangan mu diberkati...
    Walaupun hanya simpati...
    Ianya amat bererti..
    Mengubat duka yang dideritai...

    Salam Perjuangan...


  2. Teo Wei Sing Says:

    Terima kasih o kawan

    Erti yang bermakna kadang-kala bukan saja mengubati, malah lebih daripada itu. sengsara anak-anak kecil Palestin jauh lebih daripada kita di sini. Neraka o neraka, aku masih di neraka. Masih berjuang demi mentari jingga, demi air suci, demi akhirat, demi luka lara, demi anak bangsa yang tidak dibangsatkan.


  3. Unknown Says:

    Tahniah,

    this is just another in the long list of achievements for you!

    keep it up!


  4. Teo Wei Sing Says:

    Kak Ahan and Abang Man,

    This is not consider as achievements for me, i think so. Semua orang suka apabila dirinya dihargai, begitu juga saya. The feeling when i finish recite the poems and the sorakan gemuruh from the audience is hard to discribe. And kat sini, saya can't feel that. Bila tangan diikat, kaki diikat, mulut ditampal, diam-diam sajalah.

    Anyway, thanks for your fullu support and for sure, i never give up and i will keep it up. Lagi dia mahu halang saya, lagi saya terbang tinggi. Tuhan akan tahu nanti. Tuhan akan laknat nanti. Tak lama lagi, sepurnama lagi.

    Teo Wei Sing


  5. YanSk Says:

    Hi Sir, i'm shock when i saw your blog.
    Anyway, it is a nice blog !
    Keep it up..

    cheers !!