Gong Xi Fa Cai



Sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina, Tahun Baru Cina merupakan signifikan sebagai satu titik permulaan dalam kehidupan masyarakat Cina. Maka pastinya sambutan tahun ini wajar disematkan bersama melalui amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi. Ini merupakan satu semangat baru untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang adil dan saksama. Bukan itu saja, sebagai negara unik yang dikayakan dengan masyarakat majmuk, kita sentiasa dimeriahkan dengan musim perayaan pelbagai kaum.

Budaya kunjung-mengunjungi merupakan suatu keistimewaan masyarakat Malaysia yang mana melalui budaya ini, kita akan lebih menghargai nilai persabahatan, saling menghormati sekali gus mengukuhkan erti perpaduan. Percampuran budaya dan integrasi kaum inilah yang akan terus mendorong masyarakat lebih mengenali budaya, kepercayaan dan kefahaman masing-masing sekali gus melupakan dan mengelakkan salah faham yang tidak diingini.

Dalam membentuk kerjasama penulisan dan pendidikan yang lebih utuh, saya percaya musim perayaan juga merupakan suatu wadah bersesuaian untuk mengukuhkan lagi hubungan.
Tahun Baru Cina juga melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Begitulah serba sedikit tentang sambutan perayaan ini. Saya percaya tahun 2009 akan terus memberi sinar harapan dan kebahagiaan yang berterusan buat masyarakat tempatan yang berbilang kaum. Ciptalah azam dan tekad supaya terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencipta kejayaaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama.

Saya tidak lupa juga mengingatkan bahawa krisis ekonomi sedunia sememangnya menjadi perhatian utama dunia termasuk Malaysia. Namun, perpaduan antara kaum yang masih diuji harus menjadi lebih kental dan utuh dari semasa ke semasa. Perayaan menjadi tidak bererti jika kita tidak berkumpul bersama dan menjalinkan silaturahim. Maka, pada musim perayaan inilah, luangkan masa kita dan sama-sama menunjukkan keikhlasan kita kepada rakan-rakan dengan mengamalkan kunjung-mengunjungi.


Pendek kata, saya dengan rasa tulus dan ikhlas sekali lagi mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada para pembaca blog yang dikasihi seterusnya melahirkan perasaan bangga dan terima kasih atas kesudian melayari blog saya.

6 Responses
  1. mal887 Says:

    Happy rasa hati....
    Cuti datang lagi...

    Happy rasa hati...
    Sudah masuk duit gaji..

    Happy rasa hati...
    Tak tengok muka dia lagi..

    Happy rasa hati...
    Esok pergi cuti...

    Happy rasa hati...
    Balik jumpa isteri...

    Happy rasa hati???
    ISNIN datang lagi???

    Oh...tidak...

    SELAMAT TAHUN BARU TEO..


  2. Teo Wei Sing Says:

    Begitu tersentuh hati,
    TQ ucapan selamat tadi.

    Begitu tersentuh hati,
    dapat rakan baru sejati.

    Begitu tersentuh hati,
    hidup happy go lucky.

    Begitu tersentuh hati,
    chinese new year sudah mari.

    Begitu tersentuh hati,
    angpau angkat mari.

    Begitu tersentuh hati,
    makan besar semua sekali.

    Begitu tersentuh hati,
    pencapaian aku hari ni.

    Begitu tersentuh hati,
    dia hentam gua tiap-tiap hari.

    Begitu tersentuh hati,
    kalau bulan depan dia pergi.

    Begitu tersentuh hati,
    kucing berlari sana sini.

    Begitu tersentuh hati,
    anjing bersedia gigit jari.

    Begitu tersentuh hati,
    usia dia meniti hari.

    Begitu tersentuh hati,
    suatu hari pencen nanti.

    Begitu tersentuh hati,
    kita sembang lain kali.


  3. Anonymous Says:

    Salam sejahtera sir,
    Selamat Tahun Baru Cina...
    saya dah ada blog saya sendiri tapi sir jangan beritahu budak2 dalam kelas, nanti diorang plagiat karya saya...

    Rahim
    eym-poet.blogspot.com


  4. Unknown Says:

    Happy New Year!

    May the year of ox bring you health, wealth and wisdom!


  5. Snakebite Says:

    selamat tahun baru....tahun ini tahun saya...tahun lembu...


  6. Anonymous Says:

    sir, sy delete la blog puisi sy tu. Sy takut ada orang plagiat karya sy...