Hari Ini, Surat Tak Sampai Lagi

Hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin air hujan sudah membasahinya
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin posmen lupa letak di mana
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin setem tidak lekat lagi
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin alamat salah diisi
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin tercicir ketika diposkan
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin ditahan kerana muatannya
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin sengaja dilupakan saja
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin surat ini tidak wujud sebenarnya
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin surat ini patah balik
hari ini, surat tak sampai lagi
mungkin segala mungkin
hari ini, surat tak sampai lagi
entah sampai tidak esok hari
hari ini, surat tak sampai lagi
mengintai kepergian yang kian mengguris
hari ini, surat tak sampai lagi
lusa?
8 Responses
  1. Snakebite Says:

    ini mesti surat yang mengandungi cek ni


  2. Teo Wei Sing Says:

    Hahaha...snakebite, surat biasa yang digunakan dlm urusan rasmi, harap tidak dimomokkan, harap tidak dikunyah makan, harapkan pagar, jangan-jangan pagar makan padi... Wang (cek) dalam konteks minda saya bukan segala-gala. saya rasa cukup untuk sedikit kerana saya percaya Tuhan akan berikan lebih banyak kalau saya bersyukur.

    Namun, surat ini penting, soal pembalasan dan soal masa depan yang menghampiri hidup mati...

    Doakan surat ini sampai esok ye...

    Have a nice day


  3. Unknown Says:

    Surat dari 'kekasih' ke? Hehehe..

    Penantiannya begitu bersungguh-sungguh sekali!


  4. Teo Wei Sing Says:

    Hari ni dapat dah surat...yeh yeh !!!
    Tapi kerja lagi bertambah... Hahaha



  5. Anonymous Says:

    Sdr/i,

    Blog sdr/i telah di-link-kan didalam blog hub GERBANG TEMU MAYA @ GABUNGAN SUARA ANAK PAHANG - tanpa prejudis. Blog GERBANG TEMU MAYA ini telahpun di-link-kan didalam blog bug ternama PENGABUNG SUARA ini akan memberikan blog-blog dalam GTM mendapat lebih pengunjung.

    Sila maklumkan jika sdr/i tidak bersetuju blog sdr/i dimuatkan didalam GTM untuk kami keluarkannya. Harap maklum dan terima kasih.

    http://gerbangtemumaya.blogspot.com


  6. mal887 Says:

    hah teo...
    aku tahu surat apa....mesti SURAT MINTA TUKAR NI.....

    your new friend SMKTC..


  7. Teo Wei Sing Says:

    My New Friend,

    Hahaha...secara jujurnya, surat minta tukar dah hanyut entah ke mana, mungkin syaitan dah ambil letak di neraka, mungkin Tuhan dah kepilkan bersama permohonan di syurga, tapi memang borang permohonan tidak akan kesampaian... Faham-faham sendirilah...

    Orang yang munafik akan tunggu dilaknati Tuhan... Tuhan yang Maha Esa, bukan hantu, bukan Hang Tuah...seperti apa yang Nabi nyatakan, Tuhan juga tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri.

    Burung dalam sangkar tunggu lepas tangan, bila burung mengamuk menjadi helang, siaplah dia, siapalah dia, anjing pun tidak seberapa...

    Lihatlah bahasa saya daripada segi keindahan sastera dan bukan bahasa biasa. TQ...

    Salam dan saya sentiasa mengalu-alukan penulisan komen saudara/ri.