Neraka o Neraka, Saya Kembali Sesudah Kembara...

Happy New Year !!!


Hai, "Nek" penjaga neraka, apa khabar? Saya akan kembali sesudah hampir dua bulan kembara walaupun tidak sejauh mana. Belajarlah walaupun sampai ke negeri China. Dalam masa tidak sampai dua bulan ini, macam-macam telah saya belajar dan mengalami walaupun jarang-jarang saya pulang mengunjungi neraka. Maaf, "Nek"... Saya bercuti, nama pun bercuti, kalau balik sekali dua tu dah kira ok lah, jangan marah-marah. Tuhan Maha Penyayang, kita pun kena belajar ikut Tuhan, bukan ikut hantu. Hantu saja marah-marah, nanti mati cepat, "Nek". Nasib baik syaitan tak tahu !

Kalau dah rezeki, tak ke mana; kalau dah jodoh pun tak ke mana... Walaupun dalam masa cuti ini, saya tidak berpeluang mengunjungi sendiri ayah angkat, abah, namun kami masih sempat berhubung dengan panggilan telefon, itulah silaturahim, perlu kekal dan kekal sampai bila-bila. Sekali lagi saya menekankan di sini, Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri. Nasib baik syaitan tak tahu !


Masa cuti ini agak menyeronokkan memandangkan perjumpaan dengan sidang media dan sambutan Malam Puisi Bertabuh (Countdown @ Taman Budaya) berjalan dengan lancar dan sempurna. Aktiviti seni dan budaya seperti ini sentiasa digalakkan oleh pelbagai pihak terutamanya Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Warisan Negara Negeri Pahang, Encik Mohd Sukarno Abd Wahab. Saya percaya pada masa akan datang pelancaran buku baru juga akan disertakan komitmen dan dokongan daripada jabatan. Saya cukup bersyukur dan semoga kerjasama utuh akan lebih dieratkan. Nasib baik syaitan tak tahu !


Krisis ekonomi yang merudum diramal akan menjadikan hidup dan tanggungan keluarga masyarakat pada tahun hadapan lebih sengsara, kuasa beli masyarakat berbulan-bulan ini yang tidak kurang juga boleh dikatakan merupakan bajet terakhir masyarakat menjelang Tahun Baru Cina. Sesudah menyambut tahun "Lembu", saya berharap masyarakat akan lebih berusaha keras dan rajin mencari rezeki supaya tidak dipengaruhi oleh krisis ekonomi. Sesebuah negara yang aman sentosa haruslah bermula daripada satu-satu keluarga yang bahagia. Jika hantu-hantu masih merampas masa ahli-ahli keluarga, masalah akan melanda keluarga dan macam mana negara yang aman? macam mana negara menjadi sentosa? Nasib baik syaitan tak tahu !
5 Responses
  1. Unknown Says:

    It is said that the year of the Ox will be good for the Boar like me! Hehehe...

    Been reading too much Lillian Too, I guess!

    Happy New Year to U too!


  2. Teo Wei Sing Says:

    Hahaha... cepatnya Ahan bagi komen, dah free ke sejak kebelakangan ni? Mohon ampun dan maaf kerana gambar Malam Puisi Bertabuh belum upload lagi kerana menunggu gambar daripada kawan, tapi baca surat khabar pun boleh jumpa. Hehehe...

    So, apa azam tahun "Lembu"? memandangkaan tilikan Cina menyatakan mostly akan berjalan lancar, very "SHUN"...

    XIN NIAN KUAI LE


  3. Unknown Says:

    Remember I told U about that Semusim Di Neraka blog?

    It has changed to this.

    Try reading this talented guy's writing.

    http://nerakaku.blogspot.com/


  4. Teo Wei Sing Says:

    Thanks a lot for the blog's address. I will check around now... A bit busy this 2 weeks. How about u? Anak ok di sekolah?


  5. Anonymous Says:

    now i rasanya saya dapat agak apa itu NERAKA dan siapa itu SYAITAN....don't worry.I share the same view now,n i'm nof officially joining the club.

    neraka oh neraka...
    kenapakah kau benar2 wujud?
    di alam ini dan bukan sesudah mati?