Neraka


Kasih pada Melaka, sayang pada Melaka, tapi baca betul-betul bukan neraka, tapi Melaka. Saya tegaskan dalam ketegasan saya. Ketika masih di bangku belajar, Darwis sentiasa mengingatkan saya bahawa kalau nak kenal Malaysia, maka kena kenal dulu Melaka. Tak kenal Melaka maka tak kenal Malaysia. Melaka sebuah negeri yang mengasyikkan, saya menyimpan sejuta memori pahit masam manis dalam beberapa lawatan saya ke Melaka. Pembangunan pesat berdasarkan lanskap yang menarik diikuti dengan pengekalan rasa klasikalnya, ketamadunan negeri jelas terpancar bersama artistiknya yang junjung. Tapi hati saya tetap dan tetap menetap di bumi Hitam Putih. Oleh sebab itu, tidak lama lagi akan termeterai pelangi di Hitam Putih.

Sebaliknya, dalam mimpi semalam, saya melawati neraka. Kekerapan saya mengunjungi neraka mustahil kamu semua percaya. Tapi apa yang berlaku semalam dalam mimpi mahupun dalam neraka agak berbeza. Apa yang membezakan saya tidak pasti, yang pasti ada perbezaan. Ketara. Ketara sangat. Sangat ketara. Hidup di realiti yang sentiasa diamati kerealitiannya itu sungguh memedihkan, lebih-lebih lagi apabila kita sudah melihat menembusi realiti. Kawan-kawan di sekitar saya jarang ada yang berusia 20-an. Perbezaan fikiran dengan anak muda lain berbeza di sini kerana melihat dengan mata dan saya sudah mula melihat dengan mata hati. Semua ini berkat tunjuk ajar daripada Abah.

Pemahaman mereka yang masih rendah harus ditingkatkan lagi kerana anjakan paradigma deras berlaku dalam kehidupan kita. Kalau masa bisa menunggu, detik tidak semestinya menunggu. Selepas 10 tahun perpisahan, jika kefahaman dan pemahaman masih berada di tahap itu dan tetap itu, perkara ini amat menyedihkan. Saya turut bersimpati terhadap kamu. Apapun cubalah menikmati dan menghayati kehidupan di neraka, mungkin anda akan hidup kembali dan mengerti memandang dan melihat dengan mata hati.

7 Responses
  1. labu Says:

    mari kita ambil tau tentang jiran kita di kg kelubi mentakab

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=207&mode=thread&order=0&thold=0


  2. Unknown Says:

    When she was 4, my daughter Husna, asked me,

    "Mak, kalau kita jahat kita masuk api melaka yek?"

    Dia pelat, masa itu.


  3. Anonymous Says:

    hello saudara, bagus skali ayat2 saudara..teruskan usaha!


  4. Teo Wei Sing Says:

    Pelat pelat pun masih ok lagi, budak kan. Saya masih hidup di neraka dan ingin keluar...tapi orang yang boleh tolong tak nak tolong...tak apa lah, saya orang kecil saja, bukan orang besar-besar yang besar sebesar-besarnya. kecil saya hanya mampu terus bermadah di sisi kebenaran yang Tuhan saja tahu...dalami isi hatiku melalui Perslah Melankolis yang bakal diterbitkan...hehe


  5. Teo Wei Sing Says:

    salaz

    terima kasih, usaha saya sentiasa berjalan walaupun hidup di neraka...

    teo


  6. saudara,
    mohon blog ini link-kan dari blog saudara;
    http://gerbangtemumaya.blogspot.com/


  7. Anonymous Says:

    yup! lihatlah dgn mata hati, sy setuju 100%

    dengan mata hati kita dpt lihat keikhlasan dan kejujuran disekeliling kita...