Perang Dalam Diri Sendiri Antara Akal Dan Nafsu

Dalam meniti kaca yang masih membawa kelukaan di kaki aku, dalam masih tercari-cari ilham untuk membunuh musuhku, aku didatangi suatu pengertian yang agak mendalam. Setiap hari, pasti aku memikirkan pelbagai aspek setelah menelaah pelbagai jenis bacaan, aku tidak mampu berjalan jauh. Hari ini, aku perasan perang dalam diri sendiri antara akal dan nafsu. Jika aku terus memikir, aku akan hilang akal, akalku akan menjadi anjing yang beranak enam, sampai lapan pun boleh jadinya.

Dunia penulisan bukan menjadi wadah sempit kepada manusia. Dunia penulisan harus berkembang mengikut arus manusiawi. Jika tangan-tangan terikat, kaki dirantai, mulut terkatup bisu. Hanya mata yang bisa melihat sahaja. Telinga pun menjadi tuli. Dan sudah tentu aku dalam keadaan sebegini. Tapi aku masih menulis. Aku hidup dalam keadaan ini dan akhirnya aku menang dalam ketewasan. Kita tak boleh paksa orang ikut cara kita. Mengkritik tidak bererti menentang, memuji tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Aku sentiasa diingatkan dengan pepatah Cina yang menyatakan “Di atas satu bukit tak boleh ada dua harimau”. Kalau pandai, jadilah kancil yang akan menjadi mangsa sekiranya betul-betul diserang suatu hari nanti. Aku berasa gembira kerana semalam aku berkesempatan berbalas e-mel dengan Serunai Faqir. Itulah silaturahim. Aturan pertemuan aku dengan dia, semua ini pelik tetapi sebenar-benarnya benar. Aku sentiasa membaca tulisan dalam blognya tetapi tidak disangka akan berkenalan dengannya dengan cara sebegini.

Ketika perang, duniaku masih diwarnai dengan pelangi, sesekali datangnya dengan polos, sekali lagi aku tekankan di sini, aku tidak sunyi. Keinginanku termeterai pelangi di hitam putih kian lantang tanpa lekang kerana mereka sudi menghulurkan water color. Salam perkenalan !
1 Response
  1. Anonymous Says:

    hi

    cara awak menulis teringatkan sy pd seseorg penulis yg sy segani, bila sy sudahkan semua penulisan dlm blog awk baru sy sedar, rupanya awk bguru dgn pak habib..

    mmg banyak ayat2 agak sama wpun mungkin telah diolah oleh anda sndiri..

    pak habib mmg champion..

    teruskan perjuangan anda untuk berkarya berkarya..