Countdown @ Taman Budaya Negeri Pahang


Salam muhibah!!!


Countdown @ Taman Budaya Negeri Pahang sempena tahun baru 2009 akan berlangsung pada pukul 9pm 31/12/2008... Saya baru menerima khabar yang masih hangat ini daripada Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Pahang, Encik Mohd Sukarno dan Pengerusi Kelab Teater Rajuk, saudara A.K.Hidayat.


Kali ini, ingin saya melahirkan perasaan kagum dan puja kerana jarang-jarang sekali acara countdown ini berlangsung dalam bentuk yang menjunjung bahasa, seni dan sastera. Untuk perhatian para pembaca blog ini, saya turut diundang sebagai deklamator jemputan dalam acara yang gilang-gemilang ini. Buat kali pertama acara countdown dramatik dan fantastik ini dapat saya dan saudara-saudari saksikan.


Saya juga berbesar hati apabila nama besar artis jemputan seperti Lim Swee Tin, Roslan Madun, Arippin Said, Nor Fazrah, Raja Lawak Pak Tam, Juara Deklamasi Sajak Pahang Azmy Ahamad dan sebagainya akan tampil bersama dengan hadirin yang akan datang. Selain itu, VVIP yang diundang turut akan mendeklamasikan sajak sebelum acara kemuncak countdown...


Semoga majlis countdown ini akan turut diwarnai dengan kehadiran saudara-saudari yang membawa azam baru, demi bangsa dan negara. Datang, jangan tak datang... saudara/ri turut diundang hadir...


Daripada, Teo Wei Sing

Tandatangan tidak diperlukan kerana helaian ini merupakan cetakan daripada mesin pencetak


2 Responses
  1. Khar Says:

    Salam hormat.

    Wah, bagus sekali ini. Senyum saya apabila melihat acara yang bakal dilangsungkan. : )


  2. Anonymous Says:

    Saudara,
    Lagi dimaklumkan bahawa kita sedang usaha jadikan blog ini (gerbang temu maya) sebagai hub kepada blog-blog pahang. Sokongan dan kerjasama semua sangat diperlukan bagi merelisasikannya.;
    1. Mohon blog ini di-link-kan kepada blog saudara.
    2. Mohon blog ini dijadikan gerbang untuk capaian kepada blog-blog pahang lainnya
    3. Mohon dihebahkan kepada bloger-bloger pahang lainnya dan maklumkan kepada kita agar blog mereka yang masih belum dalam senarai dapat masukkan (link-kan) daripada blog ini
    4. Tanpa prejudis, kita akan menyenaraikan dan me-link-kan sebanyak mungkin, bagaimanapun saringan akan tetap dibuat berdasar kepada aktif dan kualiti blog berkenaan.
    5. Mohon mendapat cadangan dari semua mengenai bagaimana blog ini akan kelihatan lebih disenangi.
    Terima kasih,
    Moderator Blog.