Ahan In The Afternoon itu Pelangi Tika Tengahari


Hari ini, saya berkesempatan berjumpa Ahan seperti yang dijanjikan pada hari semalam. Janji tetap janji dan beliau yang sibuk dengan urusan rasmi pun tidak lewat, saya lagi lah tidak lewat. Tanpa saya sangka beliau cepat meresapi neraka yang yang dimaksudkan. Di sini juga suatu medan perkongsian ilmu telah terpapar. Beliau menerima kedatangan saya dengan tangan dan hati yang terbuka.



Begitulah suatu perjumpaan tengahari yang penuh dengan jalur pelangi. Dalam usia yang masih mentah diserabutkan dengan dilema, saya perlu diajar bukan dihentam. Saya setuju dengan Ahan yang menyatakan belajar daripada pengalaman neraka kerana itu akan memberikan kematangan dan Tuhan adalah maha adil. Sudah lama saya tidak melihat keikhlasan berkawan di neraka. Hari ini tiba-tiba keikhlasan itu tampil bersama pelangi ketika tengahari. Selain mengagumi ketrampilan beliau, saya tidak teragak-agak memahami beliau. Orang yang membaca tidak rugi. Saya dapati rakan saya ini membaca. Selain pengalaman hidup dan karier, beliau kerap memberikan nasihat daripada konteks yang berbeza.



Walaupun tengahari ini telah dibasahi air hujan yang berhenti-henti, tapi ikatan persahabatan tidak dihanyutkan sekali-kali. Saya hargai keakraban sabahat yang setulus ikhlas dan seikhlas tulus, daripada hati ke sanubari. Kepada rakan-rakan yang lain, fikir-fikirkanlah. Tanya diri. Tepuk dada tanya selera diri. Tuhan tidak mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri – Nabi Muhammad S.A.W.



2 Responses
  1. Unknown Says:

    Awwwwww,

    I'm flattered by them compliments!

    Was a pleasure to be of assistance to you. Keep up the good writing!


  2. Teo Wei Sing Says:

    Atas usaha peribadi, kekentalan mental dan sokongan daripada rakan-rakan seperti anda, saya sentiasa cuba meningkatkan serta memperkembang minda dan daya penciptaan karya saya. Hanya daya usaha sebegini yang dapat membalas budi saudari/akak yang sudi meminjamkan telinga, menghulurkan tangan, membaca dengan mata hati dan bersembang dari hati ke hati. Saya berharap saya tidak akan berhenti di sini sahaja dan akan terus pergi lebih jauh dengan ikatan syaitan pada tangan saya, gari-gari penjaga neraka pada kaki saya. Jika sempat dan masih berusia, saya ingin menunggu detik mereka dilaknat Tuhan, disambar petir, dikorek hati mereka.