Belajar untuk Skor atau Belajar untuk Belajar?



SUDAH seminggu perkhidmatan dalam talian di rumah saya terputus, dan sudah tentu saya tidak dapat menjejaki alam maya ini menemani saudara dan saudari. Dalam mengejar proses melengkapkan fail-fail tertentu yang serba tidak berguna, saya terlupa nak mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada rakan sekuliah, rakan seperjuangan dan rakan penulis saya, iaitu saudara Mohd. Darwis bin Jasmin. Pakcik, selamat pengantin baru. Pakcik, awak ingat awak sajakah yang kerja pendusta? Kerja tolong orang tipu orang? Saya pun sama.

Syabas juga diucapkan kepada rakan seperjuangan saya yang telah hidup balik setelah sekian lama meninggalkan dunia. Memang tanpa disangka kemunculannya pada saat ini, mungkin pada saat inilah memuncaknya segala karier dan lebuh raya kejayaan. Semoga kami bertiga akan sama-sama menuju klimaks arena sastera tanah air pada suatu hari nanti. Silaturahim itu sangat penting seperti yang sentiasa ditekankan oleh Ayahanda S. H. Alattas.

Dalam hal lain pula, rasanya “tugas seperti ini” semakin memuakkan kerana kerja dalam pendustaan, setiap hari melakukan dosa dan menipu ibu bapa yang terlalu mendahagakan kejayaan anak mereka dalam bidang akademik sahaja. Di mana letaknya maruah dan martabat bangsa? Adakah kita belajar semata-mata demi kejayaan akademik? Ataupun haluan ini lebih menyenangkan dan memudahkan masa depan?

Kita belajar untuk belajar dan bukan untuk skor, perkara ini perlu diberi penekanan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang pendidikan mahupun keibubapaan. Nabi Muhammad pernah menyatakan bahawa “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China”. Perspektif seperti belajar untuk skor harus dikikis sama sekali dalam melangkau arus globalisasi yang penuh dengan hendonisme dan materialistik. Tapi, dalam kehidupan yang mengejar sesuap makan ini, banyak pihak terpaksa akur kepada pihak yang lebih besar. Saya kerdil. Insan kerdil yang sentiasa dibedil. Tapi saya tahu maksud “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China”.

2 Responses
  1. Godisuno Says:

    saudara,

    Tuhan Tidak Akan Mengubah Nasib Satu-satu Kaum Melainkan Kaum Itu Sendiri - S. H. Alattas

    ini adalah sebahagian daripada hadis Nabi Muhammad SAW.

    terimakasih


  2. Teo Wei Sing Says:

    Maaf saudara, kesilapan besar yang tidak disengajakan. Terima kasih kerana sudi memberitahu. Salam perkenalan