Imbasan Di Penghujung Ramadan


Sesudah di penghujung Ramadan, Syawal kian mendekati kita. Kunjung-mengunjungi suatu amalan mulia yang harus diteruskan dalam warisan dan tradisi masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Dengan ini, mustahil silaturahim dan persaudaraan antara kaum dan keluarga tidak dapat dieratkan dan diutuhkan dari semasa ke semasa. Ketika ini, saya sentiasa mengenang kembali saat saya membeli makanan bersama rakan saya di Bazar Ramadan Sri Serdang dan berbuka puasa bersama mereka. Mempelajari budaya orang lain dan memahami amalan keagamaan orang lain membolehkan kita mengelakkan salah faham dan konflik yang tidak diingini. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. Maaf zahir dan batin.





0 Responses