Suara Anak Pahang


Teo Wei Sing merupakan seorang penyajak berbangsa Cina yang masih baru berkecimpung dalam bidang kesusasteraan Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai (1989-1994), Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Thomas (1995-2000), meneruskan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) pada tahun 2001-2002 di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Ijazah sarjana muda beliau diperolehi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dalam jurusan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) sepanjang 2003-2007. Beliau merupakan guru Bahasa Malaysia dan Kesusasteraan Melayu yang mendapat didikan daripada Sasterawan Negara, S. Othman Kelantan dan bimbingan daripada Dr. Lim Swee Tin (Penerima Anugerah S.E.A Write Award 2000) serta Zaharah Nawawi (Penerima Anugerah S.E.A Write Award 1996) melalui Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Pelbagai Kaum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah sambilan di Kolej Taylor’s Petaling Jaya dan telah dilantik menjadi Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya bagi Program Latihan Khidmat Negara di bawah pengendalian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sementara itu, beliau juga pernah mendeklamasikan sajaknya berjudul “Bersamamu” dalam Majlis Penyerahan Derma Program “Bersamamu” TV3. Sajak beliau telah dibukukan dalam antologi cerpen dan sajak yang berjudul bersama Mohd Darwis Jasmin dan Ispaini Salim.
1 Response
  1. S.M. Zakir Says:

    Tahniah atas penerbitan kumpulan sajak sdr. Sajak-sajak yang komunikatif dan memberikan gambaran persoalan yang kuat.