Polos Berdondang Sayang

Maaf kerana mengganggu

aku mencari memori silam

mungkin dalam kegelapan

mungkin dalam senja

mungkin dalam pelita

mungkin dalam…

polos.

Warna yang dilukiskan

kian luntur

tiada lagi kelihatan

tiada lagi beda

kuning berwarna merah

biru menyerap hitam

hijau memakan ungu

putih menonjolkan oren

dan seadanya

polos.

Sinaran purnama

pesona lagi menggoda dalam kalbu

umpama bulan mengambang

kadang-kala

berselindung di sebalik celahan awan

polos.

Fajar yang keheningan

membuntu percikan sinar

kerlipan terbenam

cahaya matahari retak

polos.

Yang tidak lagi polos

tidak lagi terbenam

terus mewarnai sketsa hidupku

berdondang sayang

mendodoikan keletihan yang kian lesu

kenangan terindah manis buatku

khas buatmu anak-anak muridku

tidak mungkin kulupa

aku cinta padamu, anak-anak muridku.
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    Dengar cerita you tulis ucapan untuk YB ADUN Semambu ? Tahniah lah kalau begitu.


  2. Anonymous Says:

    Yeke? Adekah Cina ni hebat begitu?


  3. Anonymous Says:

    I penah cakap dengan u, Teo. Rasanya u dah lupa i, masa dalam majlis buku u. Happy to see u tulis kat sini, kite jarang tengok chinese macam u, i akan sentiasa mengikuti... Selamat berjuang !