Metalik Sutera Cina



MAJLIS SAMBUTAN KUNJUNGAN

LEPAS (Lembaga Pembangunan Sastera Perak) PERAK KE KUANTAN

3hb Julai 2008 (3 - 5 pm) Tempat : Bilik Mesyuarat Taman Budaya Negeri Pahang


DEWAN Persuratan Melayu Pahang (DPMP) telah berusaha mengadakan Majlis Sambutan Kunjungan LEPAS Perak. Program sebegini bertujuan untuk menyediakan platform perkongsian ilmu dan pertukaran pendapat antara penulis kedua-dua pihak selain mengembangkan dan membina bahasa, kesusasteraan dan Keseniaan Melayu ke arah mengukuhkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Seramai 40 orang wakil dari LEPAS Perak termasuklah Ketua Satu LEPAS Perak, Dato Khairuddin Arshad, para penulis, bekas pengetua, bekas guru besar, bekas guru, pesara, inspektor, kakitangan awam dan sebagainya hadir.


Dalam ucapan Timbalan Ketua DPMP, Dato Dr. Haji Mohd Mansor Abdullah (Pengarah Yayasan Pembangunan Buku Negara), beliau mengucapkan selamat datang kepada ahli LEPAS Perak dan menyatakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan DPMP serta situasi semasa DPMP. Beliau juga menyatakan bahawa kunjungan sebegini dapat merapatkan silaturahim antara penulis dan penggiart seni antara negeri. Dalam pada itu, beliau juga menyeru supaya lebih banyak bengkel, seminar dan kursus berbentuk sastera dan budaya harus dianjurkan supaya tradisi dan warisan dapat dipertahankan.


Manakala dalam ucapan Ketua Satu LEPAS Perak, Dato Khairuddin Arshad, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan DPMP di samping menyatakan kepentingan diadakan kunjungan sebegini bagi membincangkan isu semasa berkaitan dengan bahasa, budaya dan sastera. Beliau juga menyatakan kepentingan bahasa, sastera dan budaya diagungkan dan dimartabatkan oleh rakyat Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia yang berkesan berteraskan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar akan melahirkan generasi muda seperti penulis muda Pahang, Teo Wei Sing yang fasih dalam pengucapan bahasa Malaysia dan bergiat dalam bidang sastera.


Dalam pernyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Satu DPMP, Encik Mohd Hassim Ismail, penulis berbangsa Cina Pahang atau pengarang buku Suara Anak Pahang, Teo Wei Sing tetap diakui kewibawaan dan sumbangannya dalam bidang penulisan kreatif seperti sajak walaupun namanya tidak dicatatkan sebagai ahli DPMP. Kedatangan Teo dalam arena sastera tempatan diterima dengan terbuka oleh DPMP dan DPMP akan menyokong sepenuhnya.


Saudara Teo turut diundang bagi mendeklamasikan sajak barunya yang berjudul Erti Sebuah Perpisahan dalam majlis ini. Sebelum mendeklamasikan sajak, saudara Teo turut membacakan pantun ciptaannya bagi menyambut kedatangan ahli LEPAS Perak dan cabaran yang disandarkan. Sajak "Erti Sebuah Perpisahan merupakan sajak terbaru Teo yang khas didedikasikan kepada pensyarah kesayangannya yang baru kembali ke rahmatullah, iaitu Allahyarham Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Intonasi, gaya pengucapan dan diksi dalam penyampaian sajak itu telah menyebabkan para hadirin menitiskan air mata kerana terharu dan tersentuh. Teo berharap akan diberi lebih banyak peluang pada masa akan datang.





6 Responses
  1. Anonymous Says:

    Nice blog!

    thank you for the viewing.

    A fellow blogger,

    Terry


  2. Tahniah sahabat. Namamu kian mekar dalam jambak harum sastera negara.


  3. Anonymous Says:

    Free domain name for life - each person can now apply 2 free domain names - get it now from this registrar


  4. Anonymous Says:

    Congrats for your new blog. Keep it up for all the good works. Nice literatures too. By the way, change a bit "la" your style of smiling. Add oil...


  5. nelsin Says:

    hi cikgu teo wei sing.i am kong choon wai 1tiara.what mean for metalik sutera cina


  6. Anonymous Says:

    hi... teo. suman here... congratulation for your new blog... its wonderful. keep it up... go on for your new upcoming ideas, poems... Malaysia Boleh! Teo Boleh!