Kemenyan Kesetiaan Daripada Sahabtku - Darwis J


Katakanlah Benar Walaupun Pahit


Petikan kata-kata daripada Darwis J - seorang penulis komunikatif dan berkredibiliti


"Saban waktu aku berfikir adakah aku mampu untuk mendidik. Mengajarkan itu sesuatu yang bisa tetapi mendidik itu adalah hal yang sebaliknya.

Menjadi guru itu bukan sesuatu hal yang mudah apalagi mengambil mudah dan sebab itulah aku menerima kerjaya guru ini dengan hati yang ikhlas. Aku menerima kerjaya guru dengan berlapang dada bersama nawaitu untuk mengharmonikan anak-anak didikku dengan ilmu. Apabila guru itu disuruh membuat itu dan ini, yang lebih cenderung kepada kerja pengkeranian maka secara tidak langsung komitmen itu sudah terbahagi dua.

Aku mendayung perahu yang sarat dengan muatan; anak-anak muridku dan kerja pentadbiran. Andainya beban itu terlalu sarat, aku gusar sampan itu akan menenggelamkan diriku bersama muatannya. Andainya ketika itu aku diberi pilihan untuk memilih antara tugas pentadbiran dan anak-anak didiku, dengan pantas aku membuat pilihan bahawa aku akan menyelamatkan anak-anak didikku kerana itu sudah azali dan hakikinya tugas guru. Biarlah aku menenggelamkan tugasan pentadbiran kerana aku tidak berminat. Aku tidak berminat sama sekali. Aku dibayar untuk mengajar dan mendidik!"


Syabas, Darwis. Ruangan ini kian kelihatan seperti Warung Mamak Harun. Persis pukul 1,2 pagi, kami masih mengejarkan impian kami terhadap bangsa, berbicara tentang setia terhadap negara, mengutuk sini sana tentang bola, berolang-aling tentang tugasan bersama, bersiar-siar merebut udara segar-bugar, berlegar-legar di ruang kerjaya.

Selepas bekerja, tugas pendidik sudah mula, tugas menulis tampak mulia, adakah kita itu masih kita, bicara tetap bicara, lupa-lupa tidak lupa, rupa-rupa kau masih di sana, sahabatku Darwis J, sumpah kami berjuang bersama, impian tetap akan jadi nyata, di depan masa, mungkin hanya engkau dan aku faham sahaja.



3 Responses
  1. Boleh sahaja sahabat. Seikhlasnya, bebenan tugas 'mengganggu' kecairan untuk menulis. Nampaknya diri ini masih mencuba untuk menyesuaikan diri dengan alam baru yang cukup jauh bezanya semasa kita di Mamah Harun.Tahniah kerana masih lagi berjuang.


  2. Teo Wei Sing Says:

    Pakcik,

    Tiada beza antara beza dengan tiada beza, cuma itu bayangan saja, bisa cuba berpacaran dengan kata-kata puitis dan estetik di sini, di alam maya yang penuh dengan syahdunya, penuh dengan pilunya, tapi berseri dengan perjuangan sastera... Renungkanlah, sahabatku.


  3. Anonymous Says:

    tepat sekali wahai sahabatku. bebanan kerja yang sebenarnya tampak di luar bidang tugas, yang lebih banyak daripada tugas sebenar sebagai guru telah benar-benar membutakan hati untuk menulis. soal kebebasan yang kian nazak diperlakukan, seperti hamba yang terpaksa menurut arahan, memaksa hati menjadi pincang, hampir tumbang walaupun hati ini ingin terus berjuang.