Antara Sediakan Payung Sebelum Hujan dengan Sediakan Hujan Sebelum Payung


Cover "Suara Anak Pahang" (Versi Bahasa Cina)

Dalam era moden yang telah lama dirakusi dengan materialistik dan individualistik, sebagai insan yang berakal, kita kian serasi dengan kerakusan manusia yang hedonistik. Setiap hari, kita mengharungi rutin dan hanya kadang-kala sahaja akan tercetus revolusi. Adakah itu dikira selamat? Itupun kalau ada. Kalau tak nak buat silap, jangan buat apa-apa, tapi kalau tak buat apa-apa, itu kesilapan yang paling besar.

Perjalanan sehala memudahkan kita dalam kehidupan tetapi jika timbulnya persimpangan, anda pasti perlu memilih. Nasihat orang tua sentiasa berbunyi, kita harus bersedia demi masa depan, namun adakah ini suatu kebenaran hasil daripada pemikiran dan pengalaman? Proses kognitif memainkan peranan penting dalam pemikiran manusia. Fikir-fikirkanlah apa yang saya sampaikan.

"Semalam saya sediakan payung, tapi tak hujan; hari ini saya tak bawa payung, hujan turun dengan lebat, basah kuyup. Lusa, saya bercadang sediakan hujan dan tinggalkan payung di rumah." Faham? Tidak semua yang boleh faham.

4 Responses
  1. Hujan adalah rahmat. Hujan yang mengakibatkan banjir kilat adalah berpunca daripada manusia sendiri.


  2. Unknown Says:

    Fw: Teka teki nujum pak belalang.

    Soalan 1

    Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah
    dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

    Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu
    diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang
    menegak ke atas itulah PKR..'

    Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

    Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti
    UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'

    Soalan 2
    Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

    Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke
    dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah
    UMNO..'

    Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

    Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

    Soalan 3

    Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,

    Apa itu..???'
    Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

    Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

    Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO
    memang banyak dalam negara ini...

    Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara
    dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

    Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar
    pemimpinnya berani melawan...

    Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita
    dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'


    Soalan 4

    Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di
    kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

    Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
    kerisnya ataupun pada jenteranya...'

    Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

    Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

    Tukang Soal : 'Buktikan!!'

    Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada
    toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media
    Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya..
    Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

    'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
    kalah dalam apa-apa pertandingan..

    Soalan Extra

    Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!!
    Apakah yang ada di genggaman beta...????'

    Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'


  3. nelsin Says:

    what mean for lusa?
    i am kong choon wai


  4. Shadowth Says:

    cikgu, memang saya tak faham , "sediakan hujan dan tinggalkan payung di rumah".

    现在不明白,不代表以后不明白;
    现在不明白,也不代表以后会明白。

    I am Li Thai Hua