Debaran Tinta

Debaran Tinta

20-9-2008 merupakan tarikh keramat juga memandangkan tarikh ini mencatatkan kejayaan saya kali kedua selepas bertugas sebagai pendidik hampir 1 tahun. Selepas membawa Ean Chin Teck untuk martabat Juara Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka peringkat negeri Pahang 2008, kini Naib Juara Pertandingan Teater KOMSAS Sekolah-sekolah Menengah negeri Pahang 2008 menyusur. Lebih-lebih lagi Ean Chin Teck juga ditabalkan Pelakon Harapan pertandingan. Syabas diucapkan kepada anak-anak murid saya yang kian matang meniti liku-liku bersama saya. Saya gembira bersama kamu semua. Kami berjuang demi bangsa dan negara.

Ini hal lain pula. Khabar yang dibawa, ura-ura yang didesirkan bagaikan mimpi. Saya tidak berani percaya walaupun memaksa diri. Itu berita baik? Mungkinkah buruk juga. Tapi apapun saya kena menghadapinya dengan kesungguhan dan ketabahan. Segala keputusan yang bakal diterima nanti mungkin mengundang kesedihan yang menghampakan, mungkin juga mengikat kejayaan yang menyakinkan. Entah benar entah tidak. Pemikiran saya berpusing ligat di situ saja. Tahu tak apa perkara itu? Maaf, rahsia perniagaan. Rahsia kerajaan juga. Maka, sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu, cuma apa yang pasti itu berita buruk yang baik saja. Tuan-tuan dan puan-puan, sokonglah saya, doakan kejayaan saya pada masa depan. Rakaman terima kasih didahului di sini. Salam Perpaduan!
0 Responses