Sajian Tahun Baru


Sudah lama tidak menulis dalam blog ini, malah mungkin hari ini sahaja yang ditadahkan kesempatan untuk menulis. Sejak kebelakangan ini, cuti sekolah yang cukup memanjang ini, sentiasanya dipenuhi dengan kesibukan, namun mungkin itu cuma alasan yang tidak seberapa. Saya mohon ampun dan maaf di sini.


Hari ini, saya menerima panggilan daripada Saudara Roslan Madun, penyanyi lagu tradisional dan lagu rakyat serta pengarah teater dan filem yang prolifik. Sudah tentu Abang Roslan membawa khabar yang gembira kepada saya. Tanpa disangka dan diduga tahun ini Taman Budaya Negeri Pahang masih meneuskan program seperti tahun lepas dengan mengadakan “Countdown” pada 31hb Disember 2009 bagi menyambut tahun baru 2010. Saya turut diundang bagi mendeklamasikan sajak yang berunsurkan Islam.


Program seperti ini amat bermakna supaya menyedari orang ramai tentang peri pentingnya kebudayaan dan kebangsaan. “Countdown” bukan sahaja boleh disambut dengan cara barat, tetapi kita boleh menyambutnya dengan cara kita sendiri. Di sini saya berharap agar orang ramai boleh sama-sama membanjiri Taman Budaya bagi menyaksikan program-program kebudayaan yang bakal disaji nanti.



0 Responses