Bukan Dalam Mimpi Sahaja


Dalam Mimpi Saja
Oleh Teo Wei Sing


Ketika embun pagi masih segar
pantulan pelangi dari barat ke timur
cebisan warna terpercik ke udara
kelopak senja membawa ke mari berita dan khabar.

Khabarnya,

“Anugerah dikhianati mula luka berbaur darah kemenyan.”

Tanpa kulengah
Lekas ku berjumpa Putera Mahkota…

Kataku,

“Ampun Tuanku, patik membawa benang tiga selembar dan sutera setia. Patik mohon turunkan perintah agar segera patik menjahit luka anugerah.”

Tanya Putera Mahkota

“Layakkah? Dengan apa?”

Jawabku

“Tidak layak jika tidak ikhlas, layak dengan setianya, layak dengan baktinya, layak dengan budayanya, layak dengan tatasusilanya, dan layak dengan doa restunya.”

Putera Mahkota,

“Baiklah, izin. Dengan syarat, membakar maruah menggenggam setia, tugas mengikat benang saudara mesti terlaksana.”

Kataku,

“Ampun Tuanku, patik menjunjung sumpah.”
1 Response