Kumpulan Sajak “Kutemui 1 Malaysia”




29hb Ogos 2009, saya sempat meluangkan masa mengajak Prof. Madya. Dr. Lim Swee Tin untuk minum-minum dan sembang-sembang di sebuah restoran barat yang diusahakan oleh orang Melayu sekitar Seri Serdang. Sambil itu juga tidak lupa saya menghulurkan buku baru saya “Kutemui 1 Malaysia” kepada Lim Swee Tin untuk tujuan ilmiah. Waktu itu, saya berasa cukup gembira kerana boleh berkongsi pendapat dan bertukar-tukar idea baru dengan beliau. Terima kasih atas sokongan dan dorongan Dr. Lim dan saya percaya jika apa yang diperkatakan oleh Dr. Lim dan Prof. Rahman Shaari betul, buku ini akan menjadi buku hebat suatu hari nanti.

Buat masa ini, saya berharap lebih ramai lagi akan mengupas sajak dalam buku ini secara ilmiah. Beberapa pihak termasuklah jabatan kerajaan dan swasta juga diharapkan dapat membantu memperluas pemasaran buku ini supaya mesej saya dapat disampaikan kepada mahasiswa dan pelajar di Malaysia melalui ungkapan sajak.

Hari ini agak keletihan kerana baru pulang ke Kuantan selepas menghadiri Mesyuarat Pembinaan Konsep Teater Muzikal Diraja di Hotel Citrus KL. Namun, kegembiraan memadamkan keletihan di atas wajah saya apabila menerima e-mel daripada seorang guru dari SMK Lurah Bilut yang menyatakan kesudian dan hasratnya mendapatkan teks sajak saya untuk dideklamasikan kepada anak muridnya. Semoga langkah murni guru tersebut akan membuahkan hasil dan fokus pendidikan dalam memanusiakan manusia. Selamat membaca.

Sekian.
4 Responses
  1. mal887 Says:

    Tahniah Teo...

    Diharap ini akan menjadi langkah pertama ke arah kejayaan seterusnya...


  2. Teo Wei Sing Says:

    mal887,

    Salam 1 Malaysia. terima kasih atas sokongan pembelian buku baru saya, saya juga mengharapkan kejayaan ini yang bakal dikecapi. Semoga kami sama2 berjaya


  3. AntiHipokrit Says:

    Salam Cikgu,

    mana nak dpt buku itu, saya nak hadiahkan untuk anak2 saya.


  4. Unknown Says:

    sdr teo... boleh tak saya nak mintak no telefon dr lim swee tin? emel je ke wanzex@gmail.com

    tq.