Barangkali aku melihat kembara dalam diri dan luar itu cabaran
namun ia menggores tabah.
Barangkali aku mentafsir perjalanan kiri dan kanan itu
antara hidup atau mati, namun ia melunturkan gagah.
Barangkali aku menghitung hari ini dan esok itu musibah
namun ia tetap menggelegakkan sumpah.
Pada setiap kali kau tiba jendela
pasti kufikirkan watikah sarjanaku yang tergendala
tergendala kerana tangan kejam manusia.
Pada setiap kali kau tiba jendela
pasti kukenangkan watikah sarjanaku yang terkial-kial
terkial-kial kerana kerenah birokrasinya.
Pada setiap kali kau tiba jendela
pasti kurindukan watikah sarjanaku yang terhenti seketika
terhenti seketika kerana dengki manusia.
Izinkan daku menghiasi pacaran malam indah rembulan berseri
izinkan daku melilit sejarah gemilangku
izinkan daku memancang rona cinta
izinkan daku memaut rindu, meranumkan kasih sayang
izinkan daku mengutip keharuman bunga raya
di kala mulia Hari Raya
jangan dalam mimpi sahaja
kepada mereka yang dengar, mendengar dan terdengar
izinkan daku.
Post a Comment