Memanusiakan Manusia


HARI ini matahari senyum tanpa sinis, hari ini embun pagi sejuk rasanya, hari peningku tampak lega, hari ini kalau bukan semalam, aku tiada di sini. Syabas diucapkan kepada anak murid saya, Syed Umar Satar bin Syed Ahmad Kilap yang berjaya merangkul Johan Sayembara Deklamasi Sajak Kemerdekaan peringkat negeri Pahang anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang malam tadi.


Saya berasa cukup lega dan bangga memandangkan gelaran Johan Negeri ini berjaya dibawa pulang ke sekolah saya. Atas usaha kami yang tak henti-henti selama sebulan lebih, akhirnya membuahkan hasil. Bagi saya, kemenangan ini tidak penting kerana itu cuma gelaran saja, apa yang lebih penting adalah saya berjaya membentuk modal insan serta memanusiakan manusia melalui acara tahunan ini.


Mungkin dulu anak kita tak mengerti santun susila, sekarang mereka tonjolkan; mungkin dulu anak kita tak mengenal warisan, sekarang mereka tampilkan; mungkin dulu anak kita tunggu arahan, sekarang mereka berdikari dan berterbangan; sesungguhnya proses memanusiakan manusia ini memakan masa dan menghabiskan seluruh tenaga jiwa, namun apabila berjaya, nikmatnya tidak terkata, puncaknya indah bermaya. Perkara ini walaupun sudah dimulakan sejak saya ditugaskan untuk mengajar dan sudah nampak hasilnya disebarkan ke merata, namun akan saya teruskan menghitung detik akan datang serta diharapkan saya akan diberi peluang yang lebih besar supaya sebaran ini lebih luas ke 1 Malaysia.


5 Responses
  1. Tahniah untuk guru dan anak muridnya.


  2. mal887 Says:

    Tahniah teo...
    belanja makan ma...


  3. Teo Wei Sing Says:

    Mal887

    Wah!!! anak murid saya menang mah, satu sen pun saya tak ambil mah...tapi belanja makan no problem mah...

    Anytime...


  4. Tahniah! U must have worked very hard coaching you student!


  5. Teo Wei Sing Says:

    Kak Jehan,

    Thank you so much...Tuhan tidak mengubah nasib satu2 kaum melainkan kaum itu sendiri...saya percaya usaha yang akan membawa hasil kejayaan.