Salam “1 Malaysia”


26.5.2009 – Pagi yang diratai sinaran matahari, kabus segar yang mengejar detik tinggal embun manis, kicauan burung yang tidak henti mendendangkan simfoni harmoniah, anak-anak murid pelbagai etnik serius di hadapan focus di atas kertas yang bergelar soalan peperiksaan. Saya tidak berani fikir neraka akan disyurgakan, diberi nafas kemanusiaan dan dikirimi warkah sopan-santun. Perkara ini membuatkan saya sentiasa meragui dan teragak-agak untuk bertindak dan mengambil keputusan. Buntu.


Kata yang sedap didengar tidak semestinya kawan, kata yang menyakiti itu tidak semestinya lawan. Hati saya tetap tergendala memikirkan soal berbalik karier dan masa depan. Sesekali angin kencang pusingan kipas memecah kebuntuan, sesekali bunyi hon kereta dari jauh menggugat konsentrasi. Sempat saya melafazkan monolog dalam bersama sengih tanda tekanan dalam jiwa yang meronta-ronta. Pendidikan yang berjaya mendorong kepada perubahan tingkah laku dan aplikasi ilmu sepanjang hayat seterusnya terpakai untuk mengubah nasih individu dan keluarga. Saya memikir. Saya tahu masyarakat negara umumnya terdidik dan terpelajar.


“1 Malaysia” kian dilaung-laungkan setelah diuar-uarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib. Namun sejauh mana kecenderungan kita mempraktikkan semangat ini? Fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya selera. Ayuh rakan-rakan, apa lagi? Jom, mari kita realisasikan dan praktikkan semangat “1 Malaysia” dalam komuniti kecil kita dulu, biar semangat ini berkembang dan menyebar secara luas, biar masyarakat kita lebih bernafas aksara, biar bangsa kita lebih berkobar, biar negara kita lebih perkasa !


19 Responses
  1. Anonymous Says:

    I'm the first to joint u...


  2. D'Rimba Says:

    Kenal Azli Lee? Diapun penulis di Pahang......Saya bangga dengan sahabt kerana memartabtkan bahasa Melayu. Terima kasih.


  3. P'su Says:

    1/6/09 tu hari akhir di kem Bukit Sagu Kuantan.. semangat membara setelah keluar BTN semuga terus bersemarak 1 malaysia..


  4. Teo Wei Sing Says:

    D'Rimba,

    Saya kenal dan pernah membaca karyanya. terima kasih kembali kerana terus menyokong usaha murni. salam 1 Malaysia

    P'su,

    terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh "teman sebilik dalam kem". semoga kami akan berjumpa lagi dalam wadah yang lain.


  5. D'Rimba Says:

    Saya juga seringkali berhubung dengan Prof Dr. Lim Swee Tin. Tahniah sahabat.


  6. D'Rimba Says:

    1 Malaysia tiada satu Malaysia ada. Huhuhu.....


  7. Teo Wei Sing Says:

    D' Rimba,

    Dr. Lim seorang pejuang bahasa dan sastera yang hebat. Di Malaysia, dah tak ramai golongan bukan Melayu yang terlibat dalam sastera Melayu ini, inilah kekesalan yang cuba diungkitkan. Dan jika perjuangan ini masih tidak lagi diikitiraf, pengorbanan mereka dalam bidang pengkajian dan penyebaran ilmu ini seperti dianaktirikan saja. Dr. Lim yang saya gelar sebagai sasterawan sudah kurang lebih 40 tahun dalam bidang ini, beliau merupakan idola dan ikon yang sentiasa menggalakkan saya bergiat aktif dalam sastera Melayu.


  8. D'Rimba Says:

    Datanglah 5 Jun di Rumah Pena Jumaat jam 8 malam ada acara baca puisi. Mungkin Prof Dr. Lim Swee Tin akan hadir saya ada hubngi dia minta dia hadir. Puan Raja Rajeswaripun mungkin akan hadir juga. Jemputlah datang kita bertemu di sana ya.


  9. Teo Wei Sing Says:

    D'Rimba,

    Terima kasih atas jemputan hormat ini, saya cukup berbesar hati. Namun, sayangnya saya terikat dengan tugasan rasmi di Kuantan, maafkan saya. Saya hanya akan berada di KL pada 8 Jun, saya percaya peluang kami untuk bertemu masih terbuka, kan?

    Saya kagum dengan blog saudara yang memaparkan keunikan. Bagaimana dapat berhubung dengan kamu ya? sudikah kiranya meng-e-melkan caranya ke teoweising82@hotmail.com


  10. D'Rimba Says:

    Sahabatku leng chai, bolehla juga tinggalkan pesan di drimba81@gmail.com. 8 dan 9 Jun ini juga kalau tidak silap ada bicara karya saterawan negara aruah Arenawati di DBP jika saya tidak silap. Saya juga akan cuba hadir kerana ada sahabat dari Melaka ingin saya ketemu kerana dia antara pembentang kertas kerja.


  11. Teo Wei Sing Says:

    Saudara Amran,

    Rupanya saudara kenalan dari Pahang juga, baguslah kalau kami bertemu di alam maya ini. Semoga segala perjuangan murni direstui Tuhan...

    Teo


  12. D'Rimba Says:

    Bawah ini alamat blog Amaruszati di Pekan, Pahang. Cubalah lawat tinggalkan jejak di blognya.

    http://zatidhati.blogspot.com/


  13. D'Rimba Says:

    Bawah ini pula blog anak arwah Othman Kelantan:

    http://belatidanbunga.blogspot.com/
    http://smzakirsayapmatahari.blogspot.com/


  14. Teo Wei Sing Says:

    Saudara Amran,

    saya memang dah biasa dgn S.M.Zakir, beliau banyak mendidik saya.


  15. D'Rimba Says:

    Jangan lupa lawat blog saya semuanya ada iklan seminar percuma DBP anjurkan juga majlis sastera di Istana Budaya. Jangan lupa hadirkan diri martabatkan bahasa Melayu kita.


  16. D'Rimba Says:

    Jangan lupa lawat blog saya telahpun dikemaskini dengan sedikit maklumat peribadi dan aktiviti sastera yang hampir sedikit masa lagi.


  17. D'Rimba Says:

    Sahabatku, siang tadi saya jumpa Prof Dr. Lim Swee Tin dan Isteri tercinta di bengkel DBP. Ahhhh diri ini cukup bahagia yang amat luar biasa sekali. Prof seorang yang amat luar biasa semangat bahasanya kental dan sejati....Saya bangga amat dengan dirinya. Sikit masa lagi saya akan tolong iklankan buku sajaknya yang baru sahaja keluar yang telahpun saya beli di bengkel tersebut....Terlalu banyak ilmu yang dikongsi beliau.


  18. Teo Wei Sing Says:

    Syabas saudara Amran,teruskan perjuangan...


  19. Saudari Teo,

    Sebagai kawan sdr. , saya amat kagum dengan bahasa yang terlalu cantik oleh sdr....teruskan pejuangan ini....