Terima Kasih Dato’ Saifuddin Abdullah

Bersama Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi)

ketika penyampaian cenderamata.



Salam muhibah !!!



DEWAN Tun Razak, Temerloh hari ini (21 Mei 2009) menjadi saksi kepada Seminar Permuafakatan PIBG Daerah Temerloh 2009. Saya berkesempatan menyaksikan detik bermakna ini apabila turut diundang sebagai deklamator jemputan bagi mendeklamasikan sajak yang bertemakan konsep “Satu Malaysia”. Terima kasih YB Dato’ Saifuddin, ahli Parlimen Temerloh yang juga Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi kerana sudi menjemput saya menghadiri majlis yang penuh dengan ilmu dan falsafah pembinaan negara melalui gabungan remaja, ibu bapa, guru dan institusi pendidikan.


Seminar ini bermula dengan ucap utama oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah dan kemudian telah menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh dua orang tokoh, iaitu Dato’ Ahmad Azmey bin Abu Talib (Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran Malaysia) yang membentang tentang “Memperkasa PIBG Ke Arah Mencapai Kecemerlangan Pendidikan Bagi Era Globalisasi” dan Profesor. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali bin Hasan (Presiden Permuafakatan PIBG Nasional) yang membentang tentang “PIBG Bersama Merealisasikan Konsep Satu Malaysia”.


Malaysia memang sudah lama wujud, namun konsep “Satu Malaysia” merupakan langkah pengukuhan dan pemupukan kerjasama serta persaudaraan erat pelbagai etnik dalam negara. Melalui pendidikan sepanjang hayat, dari buaian hingga ke liang lahad, saya percaya sistem ini mampu melahirkan lebih ramai tonggak negara yang berperwatakan “Satu Malaysia”. Di sini, behavior atau tingkah laku warganegara haris dititikberatkan kerana percambahan minda patriotik adalah bermula daripada tingkah laku yang didasari keluarga, diikuti masyarakat dan kemudian negara. Bangsa Malaysia bukan bangsa yang lemah, namun segala aspek pembangunan termasuklah kerohanian yang mencakupi perwatakan warganegara ini harus dijadikan agenda utama yang seterusnya memberikan impak besar kepada pembangunan seimbang negara. Perdana Menteri juga menekankan bahawa tiada mana-mana kaum yang akan terpinggir dan hanya kerjasama erat seluruh warga yang mampu menjulang nama Malaysia.


Salam Satu Malaysia !!!



6 Responses
  1. eL Says:

    Salam satu Malaysia untuk anda juga.


  2. Jarang terdapat bangsa Malaysia keturunan Tionghua begitu berbakat dalam penyajakan Melayu!

    Syabas dan salam Satu Malaysia -- semua bangsa Malsysia yang tidak lagi terasa terpinggir...


  3. Anonymous Says:

    wah banyak lebar senyum wooo...


  4. P'su Says:

    satu malaysia... dasyat.. kalu mat rock cakap "wa caya lu"!!


  5. wah... cikgu ada dalam wikipedia bahasa melayu ya? saya pun ada...

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Hjramly

    cikgu boleh baca 1malaysia yang saya link kan...bye


  6. wah Teo
    antara para pelajar saya yang dapat menyumbang "sesuatu" setelah usai mengutip ilmu di kampus hijau. tahniah! teruskan mengorak langkah dengan semangat bara.
    salam satu malaysia jua untuk anda!