Kini Lagu Patriotik, Lagu Cinta Kemudian


Sudah lama tidak mengemas kini blog saya dan tidak mengirimkan khabar baru ke sini untuk berkongsi dengan rakan sekalian. Mohon ampun dan maaf. Itulah pasal saya tidak pandai mencuri, terutamanya mencuri masa. Dalam era yang disuburi dengan kertas kerja dan timbunan saki-bakinya itu, saya tampak sesak bernafas. Tak bernafas takkan sesak. Saya beranikan diri mengamalkan pegangan kerjalah sebelum anda dikerjakan.


Hari ini, saya menerima satu perkhabaran gembira yang masih tidak boleh dikongsi bersama kalian, namun saya memerlukan kalian untuk menumpang gembira. Saya meneruskan satu langkah lagi dalam mengembangkan karier saya sendiri. Biarkan rahsia dahulu, tapi bukan unsur saspens yang disengajakan tetapi betul-betul privasi yang perlu dipelihara. Nanti, saya akan umumkan buat khalayak. Penungguan itu menguji kesabaran, namun saya juga masih menunggu dengan sabarnya. Faham?


Sementara itu, saya juga ingin meberitahu kalian tentang kejayaan saya mencipta lirik buat lagu patriotik pertama saya, iaitu “Kutemu Satu Malaysia”. Irama lagu ini telah dicipta oleh saudara Ainol. Setakat ini, lagu tersebut tidak boleh diperdengarkan lagi melalui dalam talian (online) kerana masih dalam proses pertandingan.Saya sentiasa bersyukur atas usaha dan kenikmatan seni yang dibekalkan kepada persekitaran saya serta berharap ini bukan lagu terakhir saya. Selepas ini, saya cuba nak berjinak-jinak dalam mencipta lagu cinta pula. Kawan-kawan, doakanlah supaya saya mampu dan teruskan kegigihan tersebut.



4 Responses
  1. Rina Khan Says:

    Semoga anda sukses dan terus sukses. Selamat berkarya.


  2. Teo Wei Sing Says:

    Rina Khan,

    terima kasih, semoga anda juga berjaya


  3. P'su Says:

    lama tak update blog ..sibuk ke?


  4. eL Says:

    Go! Go! Go Teo!