Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Dari bentangan putih hitam itu

bebunga mekar dalam seribu bahasa

lukisan waktu tidak pernah membasahi keringatku

dan

hanya keringatku yang membasahi tanah ini

tanah putih hitam ini

tanah yang tidak mati ini

warnamu menghias indah

di sebalik harap dan setia

semata-mata

dari bentangan putih hitam itu

telah lahir

seorang Perdana Menteri Malaysia

namanya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.



Tahun ini bukan senang didugai dan diharungi memandangkan begitu banyak rintangan yang terpaksa dihadapi, tapi dengan hati yang tenang, saya tetap mengerti makna di sebalik ujian itu. Perjumpaan saya dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pagi tadi, YAB Datuk Seri Mohd Najib telah memberikan kuasa dan semangat berjuang yang tinggi kepada diri saya. Ini jelas dan nyata.

Kata-kata Datuk Seri Mohd Najib kepada saya sebelum ini jelas menusuki mendalam ke dalam jiwa saya. Dan hari ini saya cukup berbangga dengan lahirnya seorang Perdana Menteri Malaysia dari tanah kelahiran saya sendiri. Jika semalam saya masih bergerak dengan kelajuan yang biasa, namun hari ini saya kena bergegas mengejar rentak kerana Perdana Menteri Malaysia ke-6 menyatakan konsepnya dalam perutusan sulung sebagai Perdana Menteri Malaysia bahawa "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Perjuangan saya dalam bahasa dan sastera sebelum dan selepas bergraduat dari UPM tetap akan diteruskan dengan tulus dan ikhlas sebagaimana rasa cinta saya terhadap negeri dan negara saya sendiri. Selepas ini, pentas saya akan lebih dipenuhi dengan sandiwara dan saya harus menabahkan diri supaya gaya melangkah. Suatu hari, saya juga berharap karya saya diiktiraf dalam peringkat yang lebih tinggi seterusnya menyebarkan kepada semua tentang karya ciptaan saya.

Syabas, Datuk Najib. Kata-kata daripada Datuk akan tetap saya pahat dalam hati, ukir dalam sanubari supaya menjadi penyuntik semangat dan penerus perjuangan saya pada masa depan nanti.



1 Response
  1. YanSk Says:

    Sir,

    Great post out there and it is much more better for Najib to stand at this peak compare to the previous.


    Yan