Kasihan !

Kasihan kepada saya, cuti yang nampak tidak bercuti, sekali lagi, saya menyuarakan di sini. Tapi ini tidak bermakna saya tidak kembara lagi. Kebetulan sambil melayari laman-laman web selepas keletihan membaca, saya terserempak dengan laman web himpunan blog Pahang (http://bloggerpahang.blogspot.com/) yang merangkumi:

1. Fotografi
2. Kebajikan & Kemasyarakatan
3. Buku
4. Seni & Lukisan
5. Kaki Pancing
6. Permainan Komputer (Games)
7. Teknologi & Komputer
8. Muzik
9. Perniagaan
10. Sukan
11. Politik Kedai Kopi
12. Keagamaan

Laman web seperti ini diteruskan dan disokong berikutan penyebaran dan perkongsian ilmu akan berlaku dengan lebih cepat secara positif. Sesungguhnya mendekati alam pekerjaan merupakan agenda utama seseorang penulis supaya mendapatkan ilham dan tema menulis, namun segala-galanya itu tampak seram dan ngeri. Suasana sebegini agak hambar dan bagaikan secara tidak sengaja tersungkur ke dalam sangkar harimau putih di Zoo Nasional Singapura. Fenomena sambar-menyambar dan keji-mengeji akan jelas terpapar dalam alam nyata dan di depan mata, telanjang jika lebih kasar. Kerakusan manusia akan terus ditelanjang dan insaniah akan dijualbeli bagai ciplakan jenama terkenal di pasar malam dan pasar minggu.

Proses himpunan karya bagi dua buku peribadi pada tahun hadapan sudah selesai, tampak melegakan hati. Berpuluh-puluh sajak sudah terhidang, yang penting saya sendiri telah dapat melihatkan kematangan dan kemajuan dalam karya saya sendiri. Sebelum ini, saya juga banyak menggali diri saya seterusnya memaparkan tema dan persoalan mengikut kesesuaian dalam karya saya. Setakat ini saya masih tidak berpeluang menggali kejauhan mendapatkan sumber inspirasi, namun semakin mendekatinya. Kita tunggu dan lihat saja.
3 Responses
  1. Salam sejahtera saudara,
    Terima kasih kerana turut menyokong usaha saya. Semoga Himpunan Blog Pahang berupaya memberikan sedikit sumbangan dalam usaha mengeratkan silaturrahim sesama insan.


  2. Ahmad Belia Says:

    saudara, salam perkenalan.


  3. Unknown Says:

    Wowwww,

    I'm impressed with your command of the language! You put some Malays to shame too....