Bayu Teluk Chempedak

Bayu Teluk Chempedak

Oleh Teo Wei Sing

Keserabukan menyelubungi diri

kudihimpit pelbagai persoalan

desakan demi desakan

masalah runcing mencengkam.

Kuberlari dan terus mencari

kutemui pesisir yang indah

kulihat deruan ombak

menghempas pantai

air yang kebiruan

dihuni pelbagai hidupan

aku tersenyum sendirian.

Bayu Teluk Chempedak

nyaman menyegarkan

membuatkan aku terpesona

aku lupa pada masalah dunia

kubebas dari tekanan perasaan.

Bayu Teluk Chempedak

nyaman menyegarkan

menyembuhkan luka yang parah

merawat hati yang gundah.

Ku tak ingin pulang

ingin terus di sini

menikmati sepuasnya

bayu Teluk Chempedak.

0 Responses