Surat Buat Minah

Surat Buat Minah
oleh Teo Wei Sing

Tidak tahu
hari ke berapa
jam ke berapa
bersatunya
jiwa kemudaan ini
tidak kukejar bintang-bintang
hanya dengan pena cuma
izinkan kulakarkan susunan kata ini
buat Minah surat ini.

Memang tidak dinafi
datangnya angin mesra
persis sahabat lama
ia menyentuh kepahlawanan
seorang penyajak muda
menyulam langkah
menyokong, mendorong hati ke hati
dan sehingga kini
ku tak henti berpuisi
terus melukisi ranum impi
buat Minah surat ini.

Persis rahmat senantiasa memberkati
tinta Minah masih merenjis
izinkan daku gah di menara puisi
mengepalkan kebanggaan di cepu hati
menyingkap di hujung pesanmu, Minah
bakal menyuterakan puisi seribu erti
tegakkan panji dalam diri
barangkali suratku ini
buat Minah.

Minah,
aku berjanji
sebagai penyajak
sebagai penyair
sebagai penggiat seni
takkan kusangsi
antara tembok
antara batu-bata yang sedia menanti
gentar tidak di hati
akan ku terus menabur puisi
di laman hitam putih ini
surat kepada Minah
mohon izin seribu kali.


(4.23pm, 26/3/2010)

Suara Penyajak Pahang Dari Luhur Hati

Sesudah sekian lama aku tidak melakar, aku tidak mencorak dan aku tidak mengukir kerana telah memperlihatkan pudarnya warna-warni, kian kabur dari mata, dari mata seorang penyajak yang senantiasa melonggokkan kesenian dan menggulungkan estetika di sisinya. Sesudah sekian lama menoktahkan segalanya itu, puas aku mencari pewarnanya yang kekal abadi, tidak di permukaan sahaja malah kalbunya jua. Makin aku mencari-cari, makin menemui sepi-sepi; makin aku menggali-gali, makin aku menemui pintu api; makin aku tabahkan hati, makin aku diselimuti. Bilakah sudah pencarian warna ini? Kata seorang rakanku, “Teo, usah kau berhenti jihad di sini, teruskan wahai orang muda dengan semangat sejati.”

Di kala Tuhan mula berbicara, jalan benar kutujui dan tidak perlu aku bersembunyi. Namun, aku masih terus mencari warna-warni walaupun Cuma setitis demi setitis. Dari bibir ke bibir masih meniti, bodohnya orang ini. Haruskah aku peduli? Ingin aku menjadi pewarna bumi, diizinkan menjalankan rutin hari, mewarnai bumi dengan diri aku yang kerdil ini, menabur bakti menaruh budi, sejati dan abadi, SUARA PENYAJAK PAHANG DARI LUHUR HATI.

Majalah Tunas Cipta Terbitan DBP Januari 2010




Malam Baca Puisi Kerohanian




Sajian Tahun Baru


Sudah lama tidak menulis dalam blog ini, malah mungkin hari ini sahaja yang ditadahkan kesempatan untuk menulis. Sejak kebelakangan ini, cuti sekolah yang cukup memanjang ini, sentiasanya dipenuhi dengan kesibukan, namun mungkin itu cuma alasan yang tidak seberapa. Saya mohon ampun dan maaf di sini.


Hari ini, saya menerima panggilan daripada Saudara Roslan Madun, penyanyi lagu tradisional dan lagu rakyat serta pengarah teater dan filem yang prolifik. Sudah tentu Abang Roslan membawa khabar yang gembira kepada saya. Tanpa disangka dan diduga tahun ini Taman Budaya Negeri Pahang masih meneuskan program seperti tahun lepas dengan mengadakan “Countdown” pada 31hb Disember 2009 bagi menyambut tahun baru 2010. Saya turut diundang bagi mendeklamasikan sajak yang berunsurkan Islam.


Program seperti ini amat bermakna supaya menyedari orang ramai tentang peri pentingnya kebudayaan dan kebangsaan. “Countdown” bukan sahaja boleh disambut dengan cara barat, tetapi kita boleh menyambutnya dengan cara kita sendiri. Di sini saya berharap agar orang ramai boleh sama-sama membanjiri Taman Budaya bagi menyaksikan program-program kebudayaan yang bakal disaji nanti.



Bukan Dalam Mimpi Sahaja


Dalam Mimpi Saja
Oleh Teo Wei Sing


Ketika embun pagi masih segar
pantulan pelangi dari barat ke timur
cebisan warna terpercik ke udara
kelopak senja membawa ke mari berita dan khabar.

Khabarnya,

“Anugerah dikhianati mula luka berbaur darah kemenyan.”

Tanpa kulengah
Lekas ku berjumpa Putera Mahkota…

Kataku,

“Ampun Tuanku, patik membawa benang tiga selembar dan sutera setia. Patik mohon turunkan perintah agar segera patik menjahit luka anugerah.”

Tanya Putera Mahkota

“Layakkah? Dengan apa?”

Jawabku

“Tidak layak jika tidak ikhlas, layak dengan setianya, layak dengan baktinya, layak dengan budayanya, layak dengan tatasusilanya, dan layak dengan doa restunya.”

Putera Mahkota,

“Baiklah, izin. Dengan syarat, membakar maruah menggenggam setia, tugas mengikat benang saudara mesti terlaksana.”

Kataku,

“Ampun Tuanku, patik menjunjung sumpah.”

Petikan Akhbar The Star 25/9/2009

Academician pens Malay poetry on unity
By SIMON KHOO

KUANTAN: Many may not have heard of Teo Wei Sing, but in the field of Malay arts and literature, he is a respected educator.

Teo, 27, recently completed a book entitled Kutemui 1Malaysia containing 50 poems with unity and patriotism as the main themes.
Academician: Teo showing his five poetry books in Kuantan recently.

Teo said the book was dedicated to the country’s sixth Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, who had penned a foreword in the book.

“I took about eight months to complete the anthology and printed 4,000 copies for a start.

“I hope the book will be widely accepted to represent a new generation of Malaysians,” he told The Star in an interview.

Teo said the poem Kutemui 1Malaysia was written a day after Najib assumed the premiership and spoke on the concept.

“I watched the news, and the next day, I spent about 15 minutes penning down my thoughts on the concept.

“It took me another week to tweak the poem before deciding to use it as the title poem for the book,” he said, adding that another poem, Dari Bentangan Hitam Putih Itu, was also dedicated to Najib and written two weeks before he took over the premiership.

This lengthier piece took him half a day to complete.

Teo said the book could be adopted as a unity icon to instill a sense of love for Malaysia and the national language.
The poetry book, Kutemui 1Malaysia dedicated to Najib.

He added that plans were in the pipeline to hold a 1Malaysia concert in December organised by a music school and the Pahang Culture and Arts Department, and would feature a song of the same title as the book.

Born in Kuantan, Teo teaches Malay language and literature at SM Teluk Chempedak.

His father, a petty trader, had no objections to his son furthering his studies in Malay language and literature.

Interestingly, Teo started his primary education at SJK (C) Pei Chai.

It was Teo’s Form Six teacher, Mohd Che Ibrahim, at SM Abdul Rahman Talib who boosted his interest in Malay literature.

He continued his studies at Universiti Putra Malaysia under the tutelage of the late S. Othman Kelantan and Associate Prof Dr Lim Swee Tin.

Teo, who has an online blog, said that poor book sales could be a reason why there were just a few Chinese authors in Malay literature.

He has four other published books, namely Dendang Dunia; Suara Anak Pahang; Genting Gaza, Gentingnya Genting; and Ekspresi.

Three of the books were written jointly with a panel of authors while Suara Anak Pahang was a solo effort which sold about 1,000 copies.

Teo said he hoped to get the books endorsed as reading materials for secondary school students taking Malay literature, adding that he planned to write three books a year.