Al-Fatihah Dari Neraka


Pagi Hari Krimas atau Hari Natal yang hening, melihat jalan-jalan dibasahi air hujan yang tidak berkasihan, aku memulakan dengan seteguk kopi putih yang pahit namun kursemangat. Walaupun tanpa bunyi kicauan burung yang mengasyikkan, tanpa bunyi air terjun yang menjadi terapi minda, namun tetap menyegarkan otak yang seletih-letihnya. Selamat Menyambut Hari Krismas buat masyarakat berbilang kaum di tanah air tercinta.



Pagi ini merupakan pertemuan saya buat kali kedua dengan Puan Ainal, seorang pemberita. Perjumpaan selama satu jam pada pagi ini telah menggulungkan pengalaman saya dari permulaan sehingga bergelar penulis atau aktivis sastera tempatan. Pemberita yang bersifat universal dan terbuka. Itulah pemerian ringkas yang dapat saya berikan kepada Puan Ainal, begitu juga dengan pemberita-pemberita lain yang saya tidak sebut nama di sini. Salam ! Saya menghargainya rasa bersyukur ini. "Bersyukur dengan yang sedikit Tuhan akan menambah, seandainya anda tak bersyukur anda akan dilaknat."



Pagi ini juga cukup syahdu memandangkan fikiran dan minda saya sudah mula dibayangi dengan “perkara” akan datang. Aturan perjumpaan dengan syaitan akan berlangsung tidak lama lagi dan masa saya untuk memperkembangkan idea dan minda juga akan disekat dari semasa ke semasa. Maksudnya, mayat akan ditanamkan ke dalam kubur seketika. Al-fatihah ! Selepas period tersebut, ia akan hidup kembali atas kehilangan bayangan syaitan. Al-fatihah. Maknanya, neraka tetap neraka walaupun berhenti cuma buat sementara. Nak keluar tak boleh, nak mengadu tiada tempat, nak bising tiada speaker, cuma nak diam saja sila. Setiap yang bermula pasti berakhir.



Minda saya sentiasa terfikir, terbayang dan terlintas, seperti apa yang dikatakan oleh Ahan kepada saya sebelum ini, itu satu ujian atau dugaan yang akan mematangkan diri saya seterusnya memudahkan perjalanan saya ke arah yang lebih tinggi. Saya sentiasa berfikir. Berfikirlah.....Berfikir sesaat sama seperti beribadat seratus tahun....



Tiba-tiba, sekali lagi saya melahirkan keinginan untuk pergi ke Taman Hana Wadi Hussien, Janda Baik untuk mendekati alam semula jadi dan khususnya air terjun di sana. Saya cukup bersyukur atas hadir diri saya dan keterlibatan saya di dunia ini. Saya sentiasa bersyukur. Ingin saya sambil memerhatikan air yang mengalir jernih di celah batu-batu air terjun di situ, persis gemercik kilauan intan pada batu bersama kicauan burung yang menghasilkan irama melodi alam. Terapi natural yang tiada tolak bandingan. Saya mengucap syukur pada Tuhan. Abah pernah berkata, sungai mengikut Al-Quran adalah gambaran syurga di mana air mengalir di bawahnya. Saya percaya.



Leonardo da Vinci juga pernah meluahkan pendapatnya mengenai sungai: "Apabila kamu menyentuh permukaan sungai dengan tanganmu, maka kamu menyentuh titisan terakhir yang telah pergi sebelumnya dan titisan pertama yang bakal datang." Saya percaya.


2 Responses
  1. Snakebite Says:

    Mr Teo, pernah pergi ke Taman Negeri Endau Rompin? Dari bandar Rompin menghala ke Felda Selendang Saya amat menggemari tempat itu, munkin anda juga.


  2. Anonymous Says:

    hi mr teo..

    menarik juga hasil tangan anda, ni 1st time sy baca.. tahniah anda mmg dilahirkan dgn bakat semula jadi..

    sekali ke taman wadi hana, hati rasa tlalu dekat.. sy sndiri suka ke sana... 1st time ke sana sy dh jatuh cinta dgn wadi hana, bg saya wadi hana terlalu indah... dan x jemu untuk ke sana lagi.

    bukan sungai je yg menarik tpi semua yg ada disitu..mmg mendekatkan kita dgn alam n PENCIPTANYA..

    teruskan berkarya..